DIY & Kraf

Periuk Jadi Cepat Hitam Sebab Api Dapur Gas Warna Oren, Ini Cara Nak Adjust

92
SHARES

Sudah banyak periuk baharu dibeli kerana periuk cepat menjadi hitam. Hal ini kerana warna api dapur yang berwarna oren dan api warna ini dikatakan dapat menjadikan periuk cepat hitam dan rosak kerana terlalu kuat. Rupanya ada cara yang anda boleh gunakan untuk mengurangkan mara api warna oren ini supaya dapat menjaga kualiti periuk di rumah terutama sekali periuk yang mahal. Senang je!

Baca juga: Cara Elak Lipas ‘Berkampung’ Dalam Kabinet Dapur Guna Bunjut Rempah

PERIUK JADI HITAM SEBAB API DAPUR GAS WARNA OREN, INI CARA NAK ADJUST

Api dapoq gas tetiba oren, habis berjelaga periuk kesayangan..Nak gosok periuk tu, alahai boleh sado tangan tu. Rasa nak beli dapoq gas baru ja kan. Tapi tu la bajet pun cukup-cukup ja. Sapa pernah mengalami situasi sebegini..?? Lani hangpa baca setiap caption kat gambaq nah.. Ni dapoq gas yang biasa tu nah. Setelah anda pusing pin tetapi api tetap warna oren/merah.

Caranya.:

1.Buka tungku api, ketuk-ketuk untuk keluarkan segala karat-karat yang terkumpul.

2.Bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak. Pusingkan benda tu. ( Yang anak panah tu)

3.Spray dengan anti karat ( ada dijual kedai hardware/mr.diy ). Dan pasang semula tungku api tersebut.

4.Jika api masih oren/merah juga maka boleh la tukar tungku api atau minta suami anda belikan dapur gas yang baru.

*Selamat mencuba!

Sumber: Sharina binti Othman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×