Rakyat

‘Perintah Kawalan Pergerakan’ Mulai 18-31 Mac 2020. 6 Perkara Perlu Tahu

226
SHARES

Dalam sidang media COVID-19 oleh Perdana Menteri sebentar tadi, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh
negara.

Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi 6 perkara berikut:

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh
negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya

Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Khusus untuk umat Islam,
penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat
Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa
Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara

Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani
pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self
quarantine) selama 14 hari;

<>3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk
sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta

serta institut latihan kemahiran di seluruh negara;

6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara.

Perkhidmatan penting negara (atau essential services) yang masih beroperasi iaitu air,
elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas,
bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi,
bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan,
pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Jaminan Bekalan Makanan & Penjagaan Kesihatan Mencukupi

Dalam ucapan beliau juga, Tan Sri Muhyiddin memberi jaminan bahawa bekalan bahan-bahan makanan,
keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah
mencukupi.

Menurut beliau, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah diarahkan agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa.

Sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, orang awam boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×