keselamatan

Kenapa Ada Ketul Ais Keruh & Jernih. 3 Perkara Kena Tahu

947
SHARES
Kiub ais keruh jernih

Perasan tak kalau kita order ais kiub dekat kedai makan, biasanya ada ketul ais yang jenis jernih dan ada yang jenis keruh / putih.

Sebenarnya ada perbezaan antara 2 jenis ketul ais ni tau.

Jom kita ketahui lebih lanjut tentangnya.

3 Perbezaan Antara Kiub Ais Jernih Dan Keruh

1. Kiub Ais Jernih Adalah Air Ditapis / Dimasak

Menurut sebuah posting oleh Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Melaka (BKKM Melaka), air secara semula jadinya mengandungi gas seperti oksigen, mineral dan bahan kimia lain.

Apabila kita masak / mendidihkan / menapis air, kandungan mineral dan oksigen yang terkandung dalamnya akan hilang.

Jadi ketulan ais yang terhasil daripada air yang ditapis / dimasak akan kelihatan jernih.

Untuk air yang tidak dimasak pula, apabila air disejukbekukan menjadi ais, gas yang terkandung akan menjauhi suhu sejuk itu.

Maka gas ini akan terperangkap di dalam dan mengganggu pembentukan struktur ikatan antara molekul air.

Ikatan yang tidak sekata ini menyebabkan ais itu berupa ‘keruh’.

2. Ais Yang Jernih Lebih Lambat Cair

Gas yang terperangkap dalam ais yang keruh menjadikannya lebih cepat mencair berbanding ais yang jernih.

Ini kerana gas yang terperangkap akan mempercepatkannya mencapai suhu bilik.

Ini bermakna, kita dapat menikmati minuman sejuk dengan lebih lama jika meletakkan ais kiub yang jernih dalam minuman.

Foto Kredit: youtube.com

3. Kiub Ais Yang Jernih Lebih Sedap

Disebabkan kandungan molekul air yang lebih padat tanpa gas tadi, rasa ais juga menjadi lebih sedap dan asli tanpa ‘memerangkap’ sebarang perasa daripada peti ais atau persekitaran tempat ia disimpan.

Bayangkan kalau air kegemaran kita bertukar rasa disebabkan ais, mesti hilang selera nak minum kan?

www.pinterest.com

Sekarang dah tahu apa perbezaan antara kedua-dua jenis ais ini, bolehlah kita lebih bijak masa memilih dan membeli nanti.

Anda suka yang mana?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×