Dapur

15 Jenis Perasa Makanan Untuk Bayi, Boleh Ganti Garam, Gula & MSG

4.3K
SHARES

Teliti dalam pemilihan bahan masakan untuk anak-anak khususnya yang masih kecil adalah penting. Salah satunya adalah mengelakkan penggunaan garam dan menggantikan perasa dalam makanan dengan bahan-bahan yang lebih berkhasiat. Mungkin ramai dalam kalangan ibu yang masak untuk anak-anak kurang arif dengan penggunaan dan pemilihan herba yang dijual di pasaran kan?

Jangan risau, herba-herba ini sebenarnya sangat bagus untuk sistem pencernaan si manja jika anda gunakan dalam pemakanan harian mereka. Tapi, keliru kan nak pilih herba yang mana satu? Oleh itu, ini adalah 15 senarai herbs and spices yang anda boleh beli.

KALAU TAK GUNA GARAM, MACAM MANA MAKANAN ANAK NAK ADA RASA?

Salam and morning mommies. Saya selalu dapat pm yang bertanyakan, kalau tak letak garam gula and MSG, macam mana makanan nak berasa? Okay lah. Hari ni nak share dengan korang, makanan anak rasanya tidaklah terlalu plain cuma tawar. Natural flavour dari bahan-bahan yang kita guna tu tetap ada. Tapi untuk rasa yang lebih kick and sedap, saya memang selalunya akan add on herbs & spices dalam makanan Opa. Herbs & spices nie memang bagus untuk pencernaan (bagi dengan kuantiti yang berlimit la kalau tak cerry berry pulak ) and boost immune. So far Opa memang tak pernah sembelit and jarang flu atau demam selama dua tahun nie. Lupa nak cakap, saya intro most herbs and spices masa Opa 8 bulan.

Untuk sedikit rasa manis saya akan tambah sikit date concetrate atau madu (utk 1 year above). Alhamdulillah Opa dah 2 tahun, saya dah add on sikit pink salt dalam makanan dia. Cuma gula, saya masih elakkan and cukup sekadar pemanis dari natural honey or date concentrate. Ok saya akan terangkan sikit-sikit di setiap gambar apa yang boleh dibuat dengan antara herbs & spices yang ada nie. Tak semestinya brand nie je korang boleh guna ya. Depends la. Baca label and ikot kemampuan harga ok.

1.  Oregano

Oregano nie sedap letak dalam aglio olio. Tp mama byk tibai je letak dalam egg muffin, carbonara, murtabak telur, fritters, daging perap. Semua sedap tp jgn byk ya sbb kalau lebih boleh jadi pahit.

2. Paprika

Kalau nak bakar ayam ke, kentang ke nak kasi warna merah-merah lawa mcm ala-ala ayam goreng mamak, korang gaul la paprika nie. Rasa tak pedas langsung. Sedap pon sedap. Kalau anak dah pass capsicum baru boleh guna yang nie ya.

3. Mixed Herbs

Paling byk jasa so far. Korg kalau nak buat sauce bolognese yg bau and raaa sebijik mcm sos prego tu, wajib tabur mix herbs nie ok. Rasa and bau dia sgt sedap. Mama campak je dalam sup, dalam pasta, dalam baked potato, masak lemak pon sedap wangi je. Kalau opa x poopoo dua hari, letak nie je confirm lepas tu smooth je.

4. Garlic powder

Sedap and ada sikit rasa2 masin. Kalau tgk ing mmg xde salt. Tp rasa dia tu dah boleh menambah flavour. Kalau nak goreng2 kunyit je mama gaul lauk dgn ini lah + kunyit. Sedap bau pon bes. Selain tu mama campak je dalam apa2 yg kena guna garlic kalau malas sgt. Bagus nie superfood.

5. Parsley Leave

Tabur lepas pasta dah siap as garnish. Mama tabur je atas telur, atas kentang putar, atas kuah2 pasta. Sedap and wangi. Kalau jumpa yg fresh lg sedap. tp kalau xde yg nie pon ok.

6. Ground White Pepper

Mama suka letak dalam perapan or apa2 makanan mcm sup, goreng2 sayur..rasa dia sedap and berangin.

7. Black Pepper Whole

Immume booster nie. mama guna blackpepper yg powder. Blend kering halus biji2 nie. Setiap kali nak, amik hujung sudu masukkan. Letak dalam masak blackpepper, sup, marinate, goreng gorengan pon sedap. Letak sikit je jgn byk. kang pedas anak x suka pulak

8. Cinnamon Ground

Korg mesti selalu je jumpa apa2 pastry yg guna cinnamon kan. Sedap cinnamon nie..dia bg rasa naturally sweet tp x la manis mcm gula. Gaul dgn apple then baked, buat pie, tabur cinnamon and tambah madu pon sedap. mama masukkan dalam pancake, muffin, tabur atas french toast, or pastry. Sedap. Sweet & savoury gittew.

9. Sesame Oil

Kalau buat sayur goreng tgk sayur warna pucat x menarik tu, korg boleh la titis kan sikit sesame oil nie. Bau dia alala2 chinese food. Masuk dalam bubur pon bau alala bubur mcd. Mama guna utk marinate jugak. Nnt bau semerbak. Try!

10. Pink Salt

Pilihan pink salt family kami.

11. Madu Asli

Madu nie depends pada masing2 la ye.nak cakap yg nie the best pon x sure.tp mama mmg cari madu yg jual kat kedai makanan sunnah and mintak recommendation dari seller. Insyaallah pure honey. Tawakal and doa yg baik2 je la utk anak kan.

12. Nutmeg Ground

Fungsi macam cinnamon powder.

13. Italian Herbs

Lebih tertumpu pd masakan italy mcm pasta or pizza. Lebih kurang mix herbs je tp herbs lain ya. Sedap and wangi!

14. Cumin Seed Ground

Nie jintan je. Kalau x rasa nak cari, blend ajo biji jintan tu sekali masa blend bebawamg utk spice. Sedap!

15. Date Concentrate

Pemanis yang paling banyak berjasa setakat nie. Guna sikit je pon dah rasa manis dia. Mama letak utk balance rasa masam mcm tomyam and pedas mcm kari. Also as marple dalam pancake ke muffin ke cookies ke. Byk guna masa opa bawah setahun. Lepas setahun guna madu jugak utk natural sweet.

Sumber : Syida Dea

Most Popular

Waktu Solat

1 January 2017, Thursday
Subuh
00:00am
Syuruk
00:00am
Zuhur
00:00am
Asar
00:00am
Maghrib
00:00am
Isyak
00:00am

Waktu Solat Ini Dibawakan Oleh
Waktu Solat Malaysia

To Top