2-4 Tahun

Peranan Ibu Untuk Menyokong Tahap Kebijaksanaan Si Manja Explore (Meneroka) Pada Umur 2-4 Tahun

40
SHARES

Semakin anak anda membesar, anda pasti perasan yang keperluan Si Manja anda turut meningkat. Pada umur 2 hingga 4 tahun ini juga, anak anda memerlukan nutrien yang berbeza dari peringkat umur yang sebelumnya. Malah, anda bakal memainkan peranan yang berbeza juga. Sebab itulah Dutch Lady Nutri Plan™ ingin bersama-sama anda untuk memahami tahap-tahap perkembangan anak anda serta nutrien yang menyokong keperluan nutrisi Si Manja pada tahap ini; dan cara yang terbaik untuk anda menyesuaikan diri bagi membimbingnya anak dengan lebih baik.

Semenjak peringkat umur 1-2 tahun lagi, anak anda telah pun mempunyai sifat ingin tahu dan pada umur 2-4 tahun pula, mereka ingin memahami sesuatu perkara tersebut dengan lebih mendalam. Dari umur 2 tahun dan ke atas, Si Manja anda sedang berkembang dengan cepat dari segi fizikal. Anda akan mendapati bahawa kemampuan Si Manja dalam kemahiran mengetahui, berfikir, membuat pertimbangan dan belajar semakin meningkat. Selain daripada menjadi seorang pakar nutrisi, anda perlu menjadi seorang peneroka untuk membantu Si Manja anda mempelajari dunia sekelilingnya.

Print

Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan adalah satu program nutrisi yang membantu menyokong perkembangan Si Manja di setiap tahap kebijaksanaan. Nutrisi sesuai membolehkan Si Manja untuk menyerlahkan yang terbaik di setiap tahap kebijaksanaan.

Pada umur 2 tahun dan ke atas, anak anda sedang berkembang dengan sangat pesat daripada segi fizikal. Di sini anda boleh melihat kemampuan Si Manja mengasah kemahiran mengetahui, berfikir, membuat pertimbangan dan pembelajaran yang semakin meningkat. Oleh itu, wajarlah anda menjadi seorang peneroka dan membantu anak anda untuk lebih mengenali dunia di sekelilingnya.

Tahap Kebijaksanaan Explore (2 Hingga 4 Tahun)

explore-upload

Sesuai dengan namanya yang dikenali sebagai Explore, kanak-kanak pada umur 2-4 tahun berubah daripada sekadar sifat ingin tahu; kepada tahap ingin meneroka segala-galanya di sekeliling mereka. Si Manja akan meneliti objek dengan lebih teliti menggunakan lima anggota derianya dan menjalankan eksperimen untuk mengetahui bagaimana objek itu berfungsi. Anak anda juga akan meniru tingkah laku yang diperhatikan yang terhasil daripada neuron cermin yang terdapat di seluruh otak. Otak yang sihat akan memastikan tahap penerokaan Si Manja berada pada tahap yang optimum.

Pada tahap kebijaksanaan ini, Dutch Lady Nutri Plan™ EXPLORE yang dirumus dengan 5X DHA* akan terus merangsang perkembangan otak, magnesium untuk membantu mengekalkan fungsi normal saraf dan otot; dan vitamin D untuk mengukuhkan kesihatan tulang kanak-kanak, agar mereka sentiasa aktif untuk meneroka persekitarannya.

Oleh kerana kanak-kanak banyak merasa dan menyentuh objek di sekelilingnya sewaktu meneroka, terdapat kemungkinan yang mereka akan dijangkiti penyakit. Dan apabila kanak-kanak berada di dalam keadaan sakit, beliau akan kurang bertenaga untuk meneroka dan belajar. Disebabkan inilah, ketahanan semula jadi badan turut memainkan peranan penting kepada Si Manja, dan pengambilan selenium dan zink yang terdapat pada Dutch Lady Nutri Plan™ EXPLORE – ianya dapat membantu untuk meneutralkan radikal bebas dan menyokong sistem pertahanan badannya.

Dengan nutrisi yang sesuai, anak anda akan bebas untuk meneroka dan menawan dunia di sekelilingnya tanpa batasan.

Peranan Ibu Sebagai Pemimpin Peneroka

visual1-article5

Si Manja anda membesar daripada sifat ingin tahu dalam pelbagai perkara di sekelilingnya kepada mempelajari untuk meneroka perkara yang menarik perhatiannya. Dengan sifat ingin meneroka tadi, anda perlu membimbing Si Manja dan bercerita serta menarik perhatiannya. Anda juga perlu berikan galakan dan tunjukkan caranya untuk meneroka agar dia tahu bila ianya sesuai untuk menghidu, merasa dan menyentuh objek apabila ia telah ditentukan selamat terlebih dahulu.

Jangan lupa peranan anda sebagai penglipur lara juga, kerana dengan olahan cerita yang menarik dapat membantu anak anda memahami dengan lebih cepat. Juga akan terjalin ikatan mesra di antara ibu dan anak yang menerokai tahap kebijaksanaan ini bersama-sama.

Perlu diingatkan lagi sekali bahawa tahap kebijaksanaan kanak-kanak adalah berbeza dari seseorang ke seseorang yang lain. Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah menyediakan yang terbaik mengikut peringkat pencapaian Si Manja, agar mereka dapat mencapai kebijaksanaan dan kekuatan yang diperlukan untuk mencapao tahap yang seterusnya.

Untuk maklumat lanjut tentang cara bagaimana Dutch Lady 4-tahap Nutri Plan™ with 5X DHA* dapat menyokong tahap perkembangan kanak-kanak, sila layari www.smartmoments.com.my.

 

Rujukan:

*Berbanding dengan susu tepung rumusan kanak-kanak yang terdahulu (Tahun 2009)

4 Tahap Nutri Plan™ merangkumi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady® Curious, Explore, Create dan Learn.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×