Asuh

“Kalau Lambat, Jantung Akan Bengkak”- Ayah Ini Kongsi Kisah Anak Jadi ‘Mangsa’ Kawasaki Disease

196
SHARES

Walaupun penularan wabak pandamik COVID-19 masih belum reda, beberapa akhbar tempatan dan antarabangsa telah melaporkan bahawa pakar perubatan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah memberi amaran pandemik COVID-19 mungkin menyebabkan peningkatan kes penyakit Kawasaki, iaitu satu penyakit yang jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Secara umumnya, penyakit ini menyebabkan keradangan pada dinding salur darah, terutamanya arteri koronari yang membekalkan darah ke otot jantung.

Oleh itu, terdapat satu perkongsian di laman Facebook dimana seorang ayah berkongsikan pengalaman anaknya ‘terkena’ Kawasaki Disease yang boleh menyebabkan jantung bengkak.

‘KAWASAKI DISEASE TIDAK BERODA TIDAK BERENJIN’

Memandangkan ramai yang dok tanya condition Umar El Fateh. So kita share sikit pengalaman 2 kupang pasal Kawasaki Disease ni.

29/4/2020

Badan Umar tiba tiba panas masa bangun sahur. So memang bagi ubat demam biasa ja dulu kat dia and monitor sendiri kat rumah. Tapi dah malam nampak dia makin lembik n temperature pun makin tinggi. Tapi kita hold lagi sampai esok

30/4/2020

Pagi time sahur pun badan dia still panas. 39.6. Dia punya panas sampai dah tuam dgn kain basah pun tak sampai 5 minit kain tu dah kering. So pagi2 terus bawak dia pergi klinik. Doctor check kata tonsil dia bengkak. Then doctor terus start dgn antibiotik sbb temperature dia tak turun turun even dah makan ubat.

1/5/2020

Time sahur dia dah bangun sebab badan terlampau panas. 39.8 even dah start antibiotik. Then time tu baru perasan mcm ada beguk dekat telinga belah kanan dia. Umar nampak makin lembik. Start muntah muntah juga. Harini public holiday. So nak refer balik kat klinik tapi tutup. So kita mmg terus bawak pergi emergency. Doctor mmg advice suruh admit terus. Doctor pun at first ckp viral fever. Tp sebab nak bg cepat sikit temperature turun dia nak suruh drip terus. N doctor nak buat ultrasound utk make sure bengkak yg mcm beguk tu bengkak biasa or disebabkan ada nanah. Alhamdulillah result ultrasound just mention tu kelenjar biasa takda apa apa yg bahaya. Oh lagi satu Umar mmg tak makan apa apa langsung since dia sakit. LANGSUNG. So mmg perlukan air utk nak make sure dia tak dehydrated. So Umar pun admit la untuk drip n start antibiotic hari ni.

2/5/2020 – 4/5/2020

Start time ni mmg dah tak sedap hati. Tgk condition Umar makin weak compare to semalam. Patutnya dah start antibiotic dia makin okay. Tapi doctor still kata tak apa. Dia nak monitor dulu. Sampai la dah hari ke lima antibiotic pun Umar still lemah. Muka makin sembab. Mata nampak merah. Tangan kaki bengkak. Dia langsung tak berdiri or jalan sepanjang tempoh ni. Mmg tidur, berdukung ja. Muntah muntah. Cirit semua ada. Time ni mmg tak sedap hati dah. Asal doctor datang visit ja mmg complain kata kenapa Umar macam makin lembik? Time ni doctor pun dah nampak pelik n dia mula perasan symptom2 Kawasaki ni ada dekat Umar. Dia bagi satu malam lg if esok still demam juga nak kena ambil darah untuk check.

Time ni la baru nak tanya Maha Guru Google Al- Duniawi research tengok apa tu Kawasaki disease ni sebab tak pernah dengar. Bila baca Ya Allah tuhan ja tau perasaan mcm mana.

KALAU RAWATAN LAMBAT JANTUNG AKAN BENGKAK

5/5/2020

Umar still demam panas malam tu. So subuh2 nurse dah suruh bawak dia pergi treatment room untuk ambil darah. Pagi tu doctor datang bgtau result darah Umar kuman tinggi n ada ciri-ciri Kawasaki. Then doctor terus bawa Umar pergi scan jantung (Echocardiography).

Ada bad news sikit sebab Arteri jantung Umar belah kanan dengan kiri memang ada bengkak n ada air bertakung sikit. Lepas pada scan jantung baru doctor inform yang Umar confirm Kawasaki disease. So bila confirm kena penyakit Kawasaki ni memang kena buat rawatan cepat. Kalau lambat jantung akan bengkak teruk dan akan ada kesan untuk jangka panjang pada pesakit.

Untuk pengatahuan, Kawasaki disease ni dia tak ada test khas macam kita buat ujian saringan covid-19 tu. Untuk confirmkan penyakit Kawasaki ni kena ambil masa yang lama jugak sebab nak kena tengok keadaan pesakit by simptom. Dah ada simptom2 Kawasaki pada pesakit baru buat scan jantung (Echocardiography) then dah dapat result scan baru boleh confirm kena penyakit Kawasaki ka tak. Macam Umar demam dah lebih pada 5 hari baru simptom Kawasaki ni nampak dekat badan dia. So memang kena buat treatment cepat.

Doctor terus suruh proceed treatment. Untuk treatment Kawasaki disease ni kena ambil ubat IVIG. Tapi doctor bagitau siap-siap ubat ni harga dia boleh tahan. Dia kirakan dose Umar nak kena ambil untuk treatment. 9 bottles drip dia kena ambil. Total cost untuk ubat dia je almost RM8k . Ubat ja belum masuk benda-benda lain lagi.

Tapi memang tak fikir apa dah. Sbb doctor bgtau kita kena cepat start treatment sebelum makin melarat. So start 1:50pm Umar on drip for 12hrs non stop. Since Umar warded 3 kali dia kena tukar branula sebab tangan dia makin lama makin bengkak so drip tak jalan.

6/5/2020

Alhamdulillah Umar settle 9 bottle drip tu by 3 pagi juga. Lepas pda tu mmg Umar takda demam dah. Alhamdulillah. Muka dia pun nampak lagi ceria n tak sembab mcm sebelum ni. YaAllah lega rasa masa ni. Dia dah boleh senyum n respond bila kita cakap dengan dia. Alhamdulillah. Tapi dalam tengahari nurse check temperature dia still ada mild fever. Allah risaunya masa ni. Sampai malam pun range temperature dia still border range. So doctor nak monitor dia lagi.

ANAK TERPAKSA ‘DEPEND’ DOSE UBAT KUAT

7/5/2020

Kalau ikutkan plan awal, harini dah boleh discharge. Tapi sebabkan Umar still tak sihat ada demam, doctor tahan lagi 1 malam. Nak monitor sampai dia takda demam langsung baru boleh bagi balik. Alhamdulillah Umar active the whole day. Ok mai nak share sikit pasal ubat dia. Lepas pada treatment Umar kena makan ubat Aspirin. Doctor kata mmg org yg ada masalah jantung akan makan ubat ni. Tapiiiiiiiiiii even org besar yang ada masalah jantung akan makan ubat ni SEHARI SEKALI. Tapi Umar skrng kena makan ubat ni TIGA KALI SEHARI. Dose yang sama ya. Sedih sangat bila tengok dia terpaksa depend dengan ubat yg kuat mcm ni sekali .

8/5/2020

Alhamdulillah Umar dah 95% recover. Dah boleh discharge today. Now tangan Umar start menggelupas terkeluar habis kulit tangan dia. Maybe effect ubat or mmg symptom kawasaki ni juga. 8 hari berkampung yang penuh dengan cabaran. Alhamdulillah manage to survive. Syukur kepada Allah . Thank you family yang banyak membantu n terima kasih banyak untuk yg mendoakan Umar Fateh. Terima kasih juga kepada Dr Tan dari Avisena. Antara Dr yang tersempoi. Dia boleh mai check patient bawak pam dengan ballon untuk bg dekat budak-budak. Siap buat bentuk macam-macam lagi. Thanks Dr Tan.

P/s : Total bill hospital Umar RM17k++.

Kepada Ibu Bapa diluar sana sedialah payung sebelum hujan. Kalau mampu ambil lah insurans takaful untuk anak-anak. Malas dah nak terang sebab apa kena ambil. Sekarang dah 2020.

So ini la serba sedikit experience n journey yang sy dah lalui untuk share dengan semua pasal Kawasaki disease ni. Saja share bukan sebab sy agent insurance ka apa tapi sebab this time kita rasa berbaloi sangat dengan monthly fee yg tak seberapa tu boleh tolong kita time time mcm ni. Lately dah start nampak case Kawasaki ni tengah naik jugak musim2 covid19 ni. So please stay safe dan doa banyak-banyak.

Sumber: Abdul Basit M Ariff

Most Popular

To Top