Euforia Bola 2026
Famili

Tak Puas Hati Ekzos Bising Sampai Bayi Terjaga, Lelaki Naik Angin Pukul Penunggang Motosikal!

PENUNGGANG MOTOSIKAL

Seorang lelaki berdepan tindakan undang-undang selepas didakwa memukul seorang penunggang motosikal gara-gara tidak berpuas hati dengan bunyi ekzos yang kuat sehingga mengejutkan bayinya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi Jumaat lalu di sebuah kedai serbaneka di Jalan Ismail, Mersing. Video kejadian berdurasi satu minit 45 saat itu kemudian tular di media sosial sebelum polis menjalankan siasatan.

Baca juga: Baru Nak Melintas, Pelajar Dirempuh Rider Di Zebra Line Hingga Tercampak! “Kenapa Laju Sangat…”

PENUNGGANG MOTOSIKAL DIPUKUL KERANA BUNYI EKZOS KUAT

PENUNGGANG MOTOSIKAL

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, berkata kejadian dipercayai bermula selepas suspek mendakwa mangsa telah memotong kenderaan yang dinaikinya.

Menurutnya, suspek kemudian berang apabila mangsa membunyikan ekzos motosikal dengan kuat sehingga menyebabkan bayi yang sedang dipangku isterinya terjaga daripada tidur dan menangis.

“Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu selepas suspek yang juga lelaki tempatan berang apabila mendakwa mangsa memotong kenderaan dinaikinya dan membunyikan ekzos dengan kuat hingga menyebabkan bayi dipangku isterinya terjaga dan menangis.

“Suspek kemudian bertindak memukul mangsa yang juga lelaki tempatan. Akibat kejadian itu, mangsa mendapatkan rawatan di hospital dan disahkan mengalami kecederaan pada pipi kiri dan perut,” jelasnya.

Suspek kemudiannya bertindak memukul mangsa yang juga merupakan lelaki tempatan. Akibat kejadian tersebut, mangsa mendapatkan rawatan di hospital dan pemeriksaan mendapati dia mengalami kecederaan pada bahagian pipi kiri serta perut.

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

PENUNGGANG MOTOSIKAL

Abdul Razak berkata, siasatan berhubung kejadian itu telah dilengkapkan dan kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Johor untuk tindakan lanjut.

Suspek turut diarahkan untuk dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Pertuduhan dijadualkan dibuat di Mahkamah Majistret Mersing esok.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai agar tidak bertindak mengikut emosi kerana tindakan sedemikian boleh membawa kesan buruk kepada diri sendiri.

Baca juga: Rayuan Haji 1448H/2027M Dibuka Lebih Awal Mulai 2 Oktober, Ini Syarat & Cara Permohonan

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×