Dapur

Penting! Anda Perlu Tahu Tips Dan Langkah Selamat Sebelum Menggunakan Dapur Kaca

88
SHARES

Penggunaan dapur memasak di rumah telah mengalami satu evolusi dimana kebanyakkan rumah telah menggunakan dapur memasak kaca dari dapur memasak yang biasa. Kelebihan dapur berkaca ini adalah ia akan menjadikan hiasan dalaman dapur menjadi lebih elegan dan kelihatan rapi. Namun, sebelum melengkapkan interior dapur dengan dapur berkaca ini, anda perlu juga tahu mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diterapkan semasa menggunakan dapur masak berkaca. Ada 6 langkah keselamatan yang anda perlu tahu, inilah dia!

TIPS GUNA DAPUR KACA

http://www.diynetwork.com/

Kebelakangan ini ada beberapa kes dapur kaca atau glass stove meletup ketika digunakan. Saya ingin menasihatkan rakan pengguna agar menggunakan peralatan ini dengan betul. Harus diketahui bahawa glass stove sebenarnya bukan kegunaan lasak. Ia lebih kepada ‘perhiasan’ atau kegunaan dapur kering aka dry kitchen.

6 LANGKAH SELAMAT

www.thespruce.com

1. Maksimum penggunaan hanya 2 jam
2. Tidak digunakan pada suhu maksimum tinggi.
3. Tidak sesekali mengelap atau membersihkan dapur ini menggunakan kain basah ketika ia masih panas. Ia akan menyebabkan gelas yang panas retak seribu apabila menerima suhu rendah dari kain basah.
4. Jika anda melihat dapur kaca anda mengalami retak seribu. Cuba hadkan atau hentikan penggunaan bagi menggelakkan kejadian dapuŕ meletup.

www.consumeraffairs.com

5.Buka ruang bawah dapur untuk pengaliran udara panas agar tidak memberi tekanan kepada dapur ini.
6. Selepas memasak, usah tinggalkan periuk / kuali atas tungku dapur ini. Beban yang berat memberi tekanan keatas bahagian kerangka kaca. Ia mengakibatkan bahan lebih cepat reput/retak/rosak.

* Nota tambahan

Merujuk kepada beberapa komen / info dan pendapat yang diberikan. Ada juga yang mengatakan bahawa info dan tips ini sekadar mitos.

Belilah jenis ‘Tempered Glass’

dealsheaven.in

Pendapat itu juga benar. Kaca temperd mempunyai kekuatan 4 sampai 5 kali lebih baik terhadap benturan, tekanan, maupun perubahan suhu ekstrim dibandingkan kaca biasa dengan ketebalan sama. Kaca tempered juga diklasifikasikan sebagai kaca ‘selamat’ dan ketika pecah akan berubah menjadi pecahan-pecahan kecil (sebesar ibu jari tangan) yang tidak tajam, sehingga mengurangi risiko terjadinya cedera serius.

wholesaler.alibaba.com

Yakni dalam erti kata lain -> asal kaca. Tetap boleh pecah.Mudahkan segalanya. Selain faktor produk. Jenama. Harus juga faham cara menggunakan. Ada juga yang membeli jenama ‘cap ayam’ tapi tahan walau sudah lebih 10 tahun menggunakannya. Bahkan ada pula yang membeli jenama terkenal dengan jaminan tukar ganti dalam tempoh tertentu meletup walhal baru digunakan kurang 2 tahun.

Justeru apa yang penting menjaga dan berhati-hati sentiasa waktu menggunakan semua alatan yang berisiko. Malang tidak berbau dan tidak memilih sesiapa.

http://www.lynchburgparksandrec.com/

* Masak tu masak juga, jadi, kita haruslah menajdi bijak ketika memilih jenis-jenis dapur untuk keselamatan ketika memasak ya!

Sumber : Ummi Yahaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×