Inspirasi

Pensyarah UPM Ini Buktikan Iran Tidak Seperti Yang Disangka. AWAS, Ada Gambar Yang Tidak Sesuai DiLihat!

Pensyarah UPM Ini Buktikan Iran Tidak Seperti Yang Disangka. AWAS, Ada Gambar Yang Tidak Sesuai DiLihat!

Nafise Motlaq

Beberapa hari yang lalu, Jordan G. Teicher menulis artikel tentang Iranian Fathers and the Diverse Daughters They’ve Raised di slate.com. Sunguh tak sangka bila nama Malaysia disebut dalam artikel tersebut. Ini adalah gara-gara seorang pensyarah kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Nafise Motlaq yang berkongsi gambar keadaan sebenar Iran. Nampak macam teruk sangat penduduk negara kita yang mengutuk keadaan negara Iran. Benarkah begitu? Atau adakah ini cuma pandangan minoriti?

“Ramai orang berpandangan stereotaip tentang lelaki dan perempuan Iran akibat tulisan media arus perdana. Projek ini adalah untuk membuktikan ia tidak benar. Ini adalah potret sebenar Iran”, jawabnya kepada Jordan G. Teicher melalui email. Projek yang dimaksudkan ialah projek oleh LensCulture. Buat masa ini, laman projek beliau di LensCulture tidak dapat diakses.

Mari kita lihat gambar-gambar potret yang diambil beliau. Biar anda sendiri yang menafsirnya.

pensyarah-upm-nafise-motlaq-father-daughter-1

“Bapa saya seorang penjual permaidani. Dia sangat kelakar dan suka buat lawak” – Arezoo

 

 

pensyarah-upm-nafise-motlaq-father-daughter-2

“Bapa saya pekerja pejabat. Dia seorang yang sangat baik. Saya tiada apa-apa lagi mahu tambah” – Fatemeh

 

 

pensyarah-upm-nafise-motlaq-father-daughter-3

“Sebagai seorang bekas tentera yang sudah bersara, ramai orang ingat ayah terlalu mengambil berat tentang saya. Sebenarnya tidak, dia adalah penyokong kuat saya” – Katayoon

 

 

pensyarah-upm-nafise-motlaq-father-daughter-4

“Bapa saya seorang kerani dan pustakawan di masjid. Ramai orang sangka dia seorang yang sangat tegas dan tidak beri kebebasan pada saya. Itu tanggapan yang salah! Dia pernah beri saya kebenaran untuk pergi ke pesta buku antarabangsa bersama kawan-kawan pada umur 15 tahun” – Fatemeh

 

 

pensyarah-upm-nafise-motlaq-father-daughter-5

“Ayah seorang ‘businessman’. Dia ada sifat tegas dan degil yang tersendiri. Kena ada cara dan perlu tahu bagaimana mahu menghadapi dia” – Shadi

 

 

pensyarah-upm-nafise-motlaq-father-daughter-6

“Ayah saya tidak bekerja. Saya tidak tahu mahu cakap apa. Benar-benar tidak tahu mahu cakap apa lagi” – Zahra

 

 

Zahra's father is a farm worker. "He works a lot. He works so much," she said.

“Bapa saya kerja di ladang. Dia bekerja keras untuk keluarga” – Zahra

 

 

 

pensyarah-upm-nafise-motlaq-father-daughter-8

“Ayah saya seorang veteran perang. Saya harap dia gembira semula macam dulu-dulu. Apa-apapun, dia tetap hero di hati saya” – Mahsa

 

 

pensyarah-upm-nafise-motlaq-father-daughter-9

“Ayah adalah seorang pengurus projek. Semasa muda, dia belajar di Eropah. Oleh sebab itu, dia banyak beri kebebasan pada kami untuk mengamalkan cara hidup Barat dalam kehidupan seharian kami” – Shima & Lina

Remaja Iran Yang Bermewah-mewahan

remaja-iran-bermewahan-hipster-shade

Bukan setakat itu, hasil kajian kami mendapati bahawa terdapat banyak lagi remaja Iran yang hidup dengan gaya hidup bermewah-mewahan. Lihat sahaja Instagram Rich Kids Of Tehran sebagai bukti. Portal news.com.au juga membawakan berita yang sama tentang remaja Iran yang terlalu menunjukkan kekayaan.

Nah, apa pendapat anda?

 

[infobox]

nafise-motlaq-profile-photo

Nafise Motlaq berasal dari Iran. Beliau ialah seorang jurugambar dokumentari dan pensyarah kanan kewartawanan di Universiti Putra Malaysia. Beliau pernah bekerja untuk akhbar-akhbar di Iran sebelum berpindah ke Malaysia pada tahun 2004 untuk melanjutkan pelajaran peringkat PhD dalam jurusan Komunikasi Massa. Setakat ini gambar-gambar beliau telah banyak diterbitkan pelbagai media dan dipamerkan di beberapa pameran berkumpulan di Iran dan luar negara. Buku foto pertama beliau yang berjudul “A Given Path” telah diterbitkan di Malaysia pada tahun 2010 dan telah dipilih sebagai antara 50 judul terbaik dalam tuntutan hak-hak antarabangsa (international rights). Kepentingan utama beliau dalam fotografi adalah isu-isu wanita, dialog antara agama dan hak asasi manusia.

Web: www.nafisemotlaq.com

[/infobox]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×