Selain menghantar anak ke taska atau tadika, ada juga dalam kalangan ibu bapa yang memilih untuk hantar anak ke rumah pengasuh. Lebih dekat dan mesra dengan anak-anak, sememangnya layanan di rumah pengasuh yang selalunya diasuh oleh makcik-makcik adalah lebih seronok.
Begitu juga dengan perkongsian ibu ini apabila pengasuh anaknya rajin melayan anak-anak yang diasuh sampai boleh pasang khemah kerana anak-anak tersebut ingin camping!
Baca juga: [VIDEO] Cara Senaman Keluarkan Angin Perut Anak, Kentut & Berak ‘Selambak’!
SIAP PASANG KHEMAH, RATING PENGASUH ANAK 1000/10!
Menerusi perkongsian di laman Twitter @AidaSue, ibu ini berkongsikan kisah pengasuh anak-anaknya yang sememangnya tip top layanan yang diberikan! Sebut sahaja apa yang dipinta oleh anak-anak yang diasuh pasti akan ditunaikan seperti salah satunya adalah memasang khemah untuk dapat feel camping. Rajin!
Penjaga anak aku ni kalau boleh bagi rating, aku rate 1000/10 kot. Anak aku cakap nak camping, dia pacak terus khemah depan umah. Smiling face with tearFace with tears of joy apa je anak aku minta dia bagi. Tak terbalas jasa dia.
Mendapat perhatian ye tuit ni. Ni sewaktu anak aku cakap nak makan kat luar. Dia pegi la bawak makan…and aku pastikan anak aku address penjaga dia properly mommy & daddy, salam time nak balik.
Haha dah bagitau pengasuh sbb dah viral masuk ke FB. So mendapat keizinan post rumah beliau haha ni time pengasuh bukak swimming pool beso sebab anak aku suka sangat mandi kolam. Saja aku nak share sebeb sekeluarga baik hehe.
‘DAPAT PENGASUH YANG BAIK MEMANG UNTUNG SANGAT..”
Perkongsian kisah di Twitter ini juga mendapat banyak reaksi positif dari orang ramai yang berkongsikan kisah pengasuh yang sama. Ramai yang menceritakan semula kisah pengasuh anak-anak yang memang baik dan ini merupakan rezeki juga untuk anak-anak.
Sumber: Twitter @AidaSue