Bersalin

‘Tiada Peneman Atau Pelawat’, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dalam Tempoh PKP

1.1K
SHARES

“Berapa lama lagi agaknya PKP ni. Risaulah jugak sebab kita ni tengah tunggu hari je… Macam manalah proses bersalin nanti. Harap semuanya baik-baik saja.”

Mungkin ramai bakal ibu rasa agak risau bila due date dah makin dekat.

Yalah, terfikir juga macam mana agaknya proses bersalin dalam PKP nanti.

Kena pakai mask ke?

Hospital sesak ke?

Boleh ada pelawat ke?

Sebabnya dalam tempoh PKP ni kita tak boleh keluar rumah, kena amalkan penjarakan sosial dan sentiasa pakai topeng muka.

Tapi bila nak bersalin pun macam tu juga ke?

Jom kita ikuti perkongsian Puan Anies Surianie yang menceritakan pengalaman beliau bersalin dalam tempoh PKP baru-baru ini.

Bersalin dalam fasa PKP Covid19

Alhamdulillah dah hampir seminggu selamat melahirkan anak kedua. Saya rasa terpanggil untuk share pengalaman bersalin dalam fasa PKP akibat wabak COVID-19 sekarang ni.

Start je Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari, nurse KK dah pesan kena bersiap sedia dengan kawalan ketat dari pihak hospital.

Berbanding proses bersalin biasa, ini antara yang kita kena expect dan bersedia jika bersalin dalam tempoh PKP.

Pengalaman Saya Bersalin Ketika Tempoh PKP

1. TIADA PENEMAN DALAM LABOUR ROOM

Walaupun beranak anak pertama, kedua atau keberapa sekalipun suami atau waris tak boleh masuk teman.

Suami/waris hanya boleh hantar dekat pintu wad bersalin sahaja. Be ready ye ibu² yang tengah menunggu hari.

(Kalau boleh sediakan mask, kot² nurse hospital tempat awak suruh pakai sebelum masuk wad bersalin).

Ingat balik pesan nurse/doktor jangan panic. Kawal pernafasan, belajar curi nafas supaya tak mudah penat. Jangan nangis, jangan menjerit.

Bagi perhatian apa yang nurse nak cakap masa dalam labour room tu. Sebab hanya nurse yang boleh tolong kita masa tu.

Suami hanya boleh tunggu depan pintu wad bersalin dan bersedia untuk azan atau iqamat anak depan pintu tu je. Langsung tak boleh jenguk isteri dah masa ni.

Saya haritu hanya seorang nurse yang sambut baby.

Kebetulan sampai je dah penuh dalam LR lain, ada geng nak beranak skali. Hehe hanya katillah yang jadi tempat berpaut mencari kekuatan.

Alhamdulillah, Allah permudahkan kami berdua, ibu dan anak selamat.

2. TIADA PENEMAN SIANG & MALAM DALAM WAD

Sediakan barang baby & ibu secukupnya. Untuk labour room & dalam wad packing siap-siap nanti senang husband bawak je.

Kalau ada GDM atau rasa-rasa kena beranak emergency pun kena prepare awal-awal.

Paling penting bersedia dengan banyak-banyak BELAJAR CARA MENYUSU. Dalam wad nanti hanya SUSU IBU SENJATA UTAMA untuk tenangkan baby.

Dah tak ada mak/suami disisi nak tolong tenangkan baby kalau ibu penat. Nasib baik nurse pesan letak tissue dalam pampers baby, senang nak tengok baby dah kencing ke tidak. Takde la ibu blur sangat masa tu.

Walaupun anak kedua, sangat struggle seorang diri. Nak urus diri sendiri lagi, nak jaga baby lagi.

Saya rasa dah cukup kuat masa tu, tapi tiap kali bergerak menitik jugak la air mata.

Tambah-tambah terkena rengat, rasa macam ada seorang lagi baby nak keluar.

3. TIADA PELAWAT DIBENARKAN MASUK PAGI ATAU PETANG

Kalau mak / suami nak kirim bekal makanan dari rumah kena passing dekat guard je.

Beg-beg baju pun guard yang tolong bawak masuk atau bawak keluar time nak discharge.

Nasib baik bersalin kt HTA, dapat lah jugak tengok muka suami ikut tingkap wad ibu & anak tu.

Nak buat muka sedih tak sampai hati pulak, kita senyum jela tanda kita okey dah tak sabar nak balik #dudukrumah.

Semoga Dipermudahkan Ya Ibu!

Buat ibu-ibu seperjuangan yang tengah menunggu hari, be prepared and be ready.

Bawalah barang yang rasa betul-betul diperlukan secukupnya.

Penuhkan ilmu menyusu didada. Jangan mengeluh gais. Kita kuat kerana kita wanita.

Minta suami & famili doakan proses bersalin dipermudahkan.

Selamat berjuang!
#24March2020 #babyboy
#kitajagakita

*Perkongsian pengalaman bersalin dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini dicoretkan oleh Puan Anies Surianie menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang oertanyaan dan maklumat lanjut, sila rujuk posting asal beliau di SINI.

Most Popular

To Top