keselamatan

‘Pampers Penuh Darah’, Ibu Kongsi Pengalaman Ngeri Anak Digigit Lintah Ketika Mandi Sungai

488
SHARES

Dengan kebenaran rentas daerah yang telah berkuatkuasa mulai minggu ini, mungkin ada antara kita yang mengambil peluang untuk melancong dalam negeri dengan mengikut SOP.

Maklumlah, anak-anak bila terperap lama sangat di rumah tentu mereka bosan kan?

Bagi ibu ayah, mungkin ada yang terfikir nak bawa anak mandi-manda di sungai. Siapa sangka, ibu ini terpaksa menghadapi mimpi ngeri selepas berkelah dengan keluarga apabila anaknya diserang lintah!

Bahaya sungguh sebab pendarahan tak berhenti-henti hingga si kecil terpaksa ditahan wad.

Bagaimana boleh berlaku perkara ini?

Jom baca perkongsian Puan Amira Syafiqah melalui perkongsian beliau di media sosial.

Pengalaman Ngeri Anak Digigit Lintah

Assalammualaikum, harini baru ada masa terluang nk cerita pasal ank sy kna admit wad.

Ramai yang tertanya-tanya, kan? Ok hari ni saya ceritakan.

3/3/2021 (4.36ptg)

Masa ni kami satu family dah bercadang nak berkelah dekat rumah tok di Kg Kubu.

Memang best laa air jernih, nak-nak musim panas pulak kan! Memang seronok laa duduk berendam dalam tu.

Mikayla pun mandi tak pakai pampers, pakai seluar ja.

Everytime masa mandi Mikayla dengan saya.

Dalam pukul 6 lebih macam tu. Dia dah tak nak mandi dah. Saya punangkatlah Mikayla nak balik rumah tok untuk tukar baju.

Masa angkat mikayla buang seluar dy nk lap dgn tuala, bermulalah kisah sedih…

Selepas buang seluar dia terus nampak darah keluar dari kemaluan dia. Bukan sikit, banyak sampai meleleh! Masa ni Allahu saya tak tahu nk buat apa dah…

Tp relaxkan diri balik rumah tok dulu. Mandikan dia lagi skali, pakai pampers, tengok dalam msa setengah jam buka pampers dia masih penuh dengan darah. Siap ada darah ketul-ketul lagi.. Allahhu…

Masa ni otak jadi blur tak tahu nak buat apa.. Saya ajak suami balik.

Dalam pukul 8 tengok makin banyak darah keluar non stop! Siap keluar ketul-ketul tu..

Pengalaman kena gigit lintah

 

Dibawa Ke Hospital

Masa ni saya dah meleleh air mata dah. Kami pun bawa ke Hospital Kuala Nerang.

Dah sampai hospital bgitau doc yang kemalaun dia berdarah. Lepas dah check, mereka cakap kena transfer Hospital Sultanah Bahiyah sebab sana ada pakar. Mereka pun tak tahu punca berdarah tu.

So dalam pukul 9 lebih kami naik lah ambulans sampai sana dan terus masuk Zon Kuning.

Cerita semua apa yang terjadi dekat doc, lepastu doc decide kena buat pembedahan kecil untuk masukkan camera dan tengok ada apa dalam tu.

Meleleh lagi air mata…

So doc terangkan risiko-risiko dia klau buat operation tu!!.msa ni pikir nk ank sihat balik jaa.. xpikiaq apa dah.. so sign smua surat² yg doc bgi…

Dlm pukl 11 lebih misi tolak msuk ward untuk rest dulu.. and mikayla kna puasa sbb nk buat operation tu.. masuk ward dy pun dy mintak nk nenen sedih weyh dy dah xmkn apa² lagii kna puasa pulk…

Pengalaman kena gigit lintah

Hari Pembedahan

4/3/2021

Dlm pukl 12,45 mcm tu misi panggil kata doc dah panggil dah…. Allahu msa ni xkuat dah mikayla dah tukaq pkai bju masuk bilik operation dah..xkuat tgok dy.. mukaa sayu jaaa.. dah masuk doc cakap ibu boleh temankn dy smpaii dy tdo jaa…

Dlm pukl 12.50pgi dpa masukkan ubat bgi mikayla tdo! Pelan² dy tdo atas riba sy.. lepastu angkt dy letak atas katil. Dlm 2mint dy terus mengamuk.. menjerit² mcm nmpk sesuatu.. allahu.. msa ni rasa mcm kelam duniaaa… Sy peluk dy kuat² cko adik mama ada ni… Dy pun pelan² tdoo.. so doc dah suruh sy keluar.. Tngu laa sy dlm bilik menunggu tu sorg² smbil bacakan yassin untuk dy..

Dlm pukl 2 doc panggil ckp dah selesaii.. alhamdulih.. bersyukur sgt… Doc pon cerita wktu operation tdi dpa xjumpa apa² pon, dpa chek dlm dy semua bersih elok.. xdk nmpk penderahan dri mcm² pun.. doc pon xtw punca darah tu mai dri mn dugaan apakah yg allah uji ni.. doc cakap tnggu smpai dy sedar kita tgok ada darh ka dk dah.. doc cko dlm msa 40minit dy sedar.. so tngu smpaii pukl 3 pun blum sedar.. geletek ketiak, pnggil dy pun xsedar².. Tp bacaan jantung dy, nadi dy smua ok.. doc cakp mungkin dy penat.. so biar dulu..

dlm pukl 4 alhamdulilah mikayla dh sedar. Tp darah stil keluar lagiii.. so doc cakap xpa boleh dah tolak masuk ward!.. Dalam pukl 8pagi doc maii bgitau Kemungkinan Lintah masuk dan gigit lepastu dy dah jatuh.. sbb klau lintah yg gigit mmg darah lambat berhenti.. dy ambk masa sikit untuk berhenti… So doc decide nk masukkan ubat berhentikan darah..

Dalam pukl 12 tghhari doc maii cek darah dh kurang,dah xdk keluar ketul² lagi… Pukl 3 doc maii chek pulk dah kurang bnyk.. ada setitik duaa jaa lagi…. Doc cakap nak pantau dulu semalam klau xdk apa² pagi esok boleh balik dah…

Pengalaman kena gigit lintah

5/3/2021 (10pagi) Discaj Dari Wad

Doc maii cek darah dah xdk, ada sikit² jaa lagi.. Doc tnya puan yakin boleh jaga ank kat rumah?? Kita pun yakin ckp boleh.. so doc pon cakap ok dah boleh balikk, tnggu surat siap! Alhamdulilah dlm pukl 1 surat siap abh mikayla pun dah mai.. so pulang laa kmi ke rumah.. alhamdulilah ank mama dah sihattt..terima kasih ya allah..

Pengalaman kena gigit lintah

Semoga Menjadi Pengajaran Supaya Ibu Ayah Sentiasa Beringat

Kalau nak bagi anak mandi sungai pakaikan dia seluar yang ketat, ataupun tak payah laa bagi mandi.

Saya dah serik nk bgi anak mandi sungai. Lepas ni mandi kolam dekat rumah jaa…

Terima kasih pada yang sudi baca dan yang mendoakan anak saya…

Puncanya dari LINTAH DURJANA

Simpan sini sebagai kenangan.

*Sumber: FB Amira Syafiqah 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×