Sihat

Pengalaman Demam Influenza A, Sakit & Perit Mengalahkan Kena Covid-19

39
SHARES

Kes influenza A kian meningkat dan kesannya semakin teruk sehingga menyebabkan pesakit dikejarkan ke hopsital. Walaupun simptomnya batuk, demam dan selsema namun perlu mendapatkan rawatan doktor kerana tidak boleh diambil remeh.

Seperti pengalaman seorang guru di laman Facebook, dia menceritakan derita dan perit apabila dijangkiti demam influenza A ini. Jelasnya, sakit ini mengalahkan jangkitan Covid-19.

Baca juga: [VIDEO] Anak Demam On Off Selama 2 Bulan, Rupanya Dijangkiti Virus RSV

PENGALAMAN DEMAM INFLUENZA A, SAKIT MENGALAHKAN KENA COVID-19

Jangan main-main dengan Influenza. Terutamanya Influenza A. Sakit dia mengalahkan covid. Dan ia berpanjangan! Sebelum Subuh badan akan gigil kesejukan. Sejuk sampai ke tulang, sampai kecut jari tangan. Sampai berlaga gigi sejuknya. Tapi suhu badan, ya ampun panas lebih 40°.

Demam dia On Off. Ni paling seram. Kita ingat dah sihat, langsung tak dak demam tak dak panas dah. Rasa cergas. Terus buat kerja, tahu-tahu esok sambung demam gigil lagi.

Efek selepasnya pun masih terasa. Badan penat dan letih. Lenguh-lenguh satu badan. Kerja nak lena sahaja. Aku dah dua minggu kena, masih rasa lemah dan terasa efeknya.

Kalau korang ada simptom Influenza, tolong pergi check di klinik swasta untuk sahkan. Simptom dia macam demam biasa, cuma berpanjangan tak kebah-kebah. Hampir pasti dah tu.

Kena rawatan antiviral tamiflu baru InsyaAllah sembuh. Ubat ni mahal ya, sebotol kat farmasi RM100 – RM200. Ubat tak sedap. Tak ada perisa oren ke, strawberry ke apa. Memang berperang nak suruh anak makan.

Paling aku seram, bila anak-anak kena. Suhu badan tak turun dua hari walau dah makan ubat, walau dah mandi berpuluh kali sehari, walau jerlum badan sentiasa. Seram weh bila suhu tak turun dua hari ni, tak tahu nak buat apa.

Ubat dah bagi, mandi dah mandi, kat kepala dan badan sentiasa ada kain basah. Tapi check suhu 40°. Rasa hilang akal macamana nak buat. Hanya doa dan berserah pada Allah saja masa tu.

SEDIAKAN 3 BENDA PENTING INI DI RUMAH

Dekat rumah, tolong sediakan 3 benda ni. Membantu sangat-sangat.

1. Thermometer. Beli thermometer yang ada MDA Approved. Mahal sikit, tapi ketepatan tinggi. Beli yang murah tak tepat bahaya beb. Karang ingat suhu anak tak bahaya, rupanya dah lebih 40°.

2. Aloe Vera gel. Sapu je gel kat kepala anak, dekat pelipat juga. Cepat turun suhu. Bila gel kering, spray je dengan air, nanti dia akan basah dan menyejuk semula.

3. DifflamAB. Wajib ada. Tekak sakit sangat. Aku sampai batuk berdarah 3 hari. Tekak luka teruk. Ada dijual di farmasi ternama. Atau kat Shopee pun ada.

4. Bila dah langit luka asyik kemam Difflam, aku guna yang Difflam jenis spray pula.

Sekarang virus Influenza tengah menggila. Ada sekolah jadi kluster terus. Sekelas yang datang kurang 10 orang. Memang senang berjangkit. Hati-hati semua. Kerap basuh tangan. Pakai facemask bila keluar ya. Semoga kita semua dijauhi penyakit bahaya ini.

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×