Asuh

Rasa Sayu & Sedih Bila Hampir Tiba Masa Anak Bercerai Susu. Ini 5 Perubahan Yang Mama Kena ‘Standby’

4.8K
SHARES

“Hari tu dah cari macam-macam tips takut si Adam menangis masa nak cerai susu. Tapi tak sangka kita pulak yang asyik nak meleleh air mata… Sayu je tengok dia tidur cari susu. Aduh, tak sangkalah emosional betul proses ni.”

Kadang-kadang memang rasa leceh bila anak asyik nak mengempeng. Kita nak buat kerja pun susah. Dari tadi melayan dia nak menyusu. Pantang nampak kita baring atau rehat, asyik nak ‘menyelak’ aja kerjanya kan?

Bila anak dah nak masuk 2 tahun, kebanyakan ibu rasa tak sabar nak ajar anak weaning atau ‘bercerai susu’.
Dalam hati tu rasa seronoklah juga kan sebab ibu lebih bebas. Kuranglah sikit sakit belakang dan lenguh-lenguh, terutamanya bila menyusu waktu malam.

Tapi ramai ibu tak menyangka perjalanan nak wean-off atau bercerai susu ni sebenarnya satu perjalanan yang cukup emosional. Bukan anak aja yang menangis, tapi Mama pun boleh ikut sama rasa sedih dan berhujan air mata tau!

5 Perkara Yang Berlaku Bila Anak Kita Nak ‘Bercerai’ Susu Badan

1. Perubahan Hormon

Secara saintifiknya, apabila Mama berhenti menyusu badan, perubahan hormon juga akan berlaku pada tubuh.

Salah satu hormon yang paling terjejas secara signifikan adalah hormon Oxytoxin atau ‘love hormone’. Hormon ini biasanya dirembeskan ketika proses ‘let down’ semasa penyusuan. Begitu juga dengan hormon prolaktin yang membantu ibu berasa tenang. Hormon-hormon secara semulajadinya membantu ibu mengurangkan stres di samping mengeratkan bonding antara Mama dengan bayi. Menakjubkan bukan?

Jadi apabila ibu bercerai susu, maka berkuranglah rembesan hormon ini lalu boleh mengakibatkan mood swing seperti anxiety dan kemurungan.

Foto Kredit: abcnews.com

2. Asyik Rasa Bersalah, Tak Sampai Hati

Memang tak sampai hati bila tengok anak menangis minta susu, lebih-lebih lagi waktu malam. Ada yang puas menangis sampai tertidur-tidur… Sayu rasa hati bila tengok muka dia. Kadang tu rasa bersalah sangat dan kejam pula buat anak macam tu.

Semua ini adalah perasaan yang normal ya ibu. Kalau boleh janganlah terlalu mendadak dan pesan pada anak bahawa tak lama lagi mereka akan bercerai susu. Mama pun kena kuat ya dan kalau boleh jangan menangis depan anak sebab ia boleh mengelirukan anak. Barulah anak pun kurang merengek dan dapat melalui proses ini dengan lebih mudah.

3. Rasa ‘Kehilangan’ Pun Ada!

Takkanlah tak sedih sebab dah jadi rutin kita menyusu setiap 2-3 jam sekali. Bila tiba-tiba tak menyusu, tentulah rasa kehilangan…

Rasa ‘kehilangan’ ni lebih kurang macam kita rasa kita dah tak diperlukan, atau rasa macam anak tu dah besar. Lebih kurang macam hantar anak pergi pengasuh buat kali pertamalah.

Sebenarnya, ia adalah satu milestone anak yang patut diraikan. Jadi walaupun ada sedikit perasaan sedih, Mama perlulah beri sokongan pada anak dan puji dia kerana mereka dah berjaya melepasinya.

4. Perubahan Pada Payudara

Pada awalnya, tubuh Mama akan memerlukan sedikit masa untuk beradaptasi dengan perubahan yang berlaku apabila tidak lagi menyusukan bayi. Maka ia akan menyebabkan Mama mengalami bengkak susu. Kadang tu bila ada let-down reflex, kita pun akan terus teringat dekat anak dan menitiskan air mata!

Setelah beberapa minggu, payudara Mama mungkin akan berasa leper dan menggelebeh. Ini mungkin akan menyebabkan Mama rasa tertekan, kurang konfiden dan tidak menarik. Walaupun ia mungkin tidak akan kembali anjal seperti dulu, namun paras hormon yang kembali normal boleh membantu memberi bentuk kepada payudara setelah beberapa ketika.

menyusu badan

Foto Kredit: realpregnancysigns.com

5. Perubahan Rutin

Rutin baru tanpa bayi menyusu mungkin akan menjadikan Mama sedikit kekok pada awalnya. Asyik teringat pada si kecil, terkenang waktu dia menyusu dan bermanja dengan kita.

Sesetengah wanita juga mengalami kenaikan berat badan setelah bercerai susu kerana penyusuan badan membakar hingga 700 kalori sehari. Jadi bila dah tak menyusu, ada kemungkinan berat badan boleh ‘mencanak’ naik. Ini juga boleh menyumbang kepada rasa kemurungan lepas bercerai susu.

Oleh itu, ibu perlu kekal aktif dan teruskan gaya hidup sihat supaya berat badan tetap terkawal ya!

berat badan bertambah

Foto Kredit: healthcarepromotion.net

Tips Menghadapi Rasa Emosional Ketika Bercerai Susu

Semua perasaan sedih, emosional, rasa kehilangan ini adalah normal.

Kita sebagai wanita bukannya sengaja nak mengada-ngada, tapi secara saintifiknya juga telah dikaji kenapa kaum ibu sangat terkesan ketika proses bercerai susu ini.

Walau apapun, ada beberapa tips untuk membantu ibu menghadapi kegelisahan atau rasa sedih ini, antaranya:

  • mengelakkan bercerai susu secara mendadak, lakukannya perlahan-lahan kerana bengkak susu juga boleh dikurangkan
  • membuat persediaan mental
  • mencari masa yang sesuai, iaitu waktu yang kurang stres
  • mendapatkan sokongan suami dengan meluahkan perasaan dan berbual dengannya tentang hal ini
  • memperbanyakkan skin contact dengan memeluk, mencium dan bermain dengan anak walaupun setelah bercerai susu

Walaupun proses bercerai susu menjadikan ibu dan anak lebih bebas dalam membuat rutin baru, namun ia tak bermakna bayi dah ‘memerlukan’ ibu. Maka, teruskanlah sokongan emosi dan bonding dengan anak dalam banyak cara lagi!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×