Hospital

Murah Tapi ‘5 Star’! Ini Kelebihan Wad Korporat 2TD HUSM Untuk Ibu Bersalin

7.4K
SHARES

Semua orang tahu kan kalau bersalin di hospital swasta memang makan kos beribu-ribu. Walaupun bersalin normal pun sekarang dalam RM2k-RM3k, belum kira kalau Caesarean, boleh cecah RM8k-RM10k atau lebih.

Sememangnya ada pilihan untuk bersalin di Hospital Kerajaan untuk kos yang lebih murah. Dalam murah-murah itu pun, mesti ramai yang tak kisah untuk bayar lebih sedikit demi mendapatkan khidmat yang bagus kan?

Di sini kami berbesar hati untuk berkongsikan pengalaman Puan Siti Zainab yang berpeluang merasai Wad Korporat 2TD HUSM Kubang Kerian sewaktu bersalin anaknya yang ketiga. Katanya, memang puas hati bersalin di sini sebab harganya murah tapi layanan pula setanding hospital swasta.

Mari ikuti perkongsian beliau sepenuhnya di bawah ini.

Pengalaman Saya Bersalin Czer Di Wad 2TD HUSM

Mula-mula tu saya memang termenung panjang masa mengandung sebab fikirkan nak masuk wad yang selesa masa bersalin, tapi kos pula tinggi. Rasa sayang duit ribu-ribu nak bayar kos bersalin sebab sakit tu tetap sama saja sama ada hospital biasa atau berbayar.

Sampailah satu hari ni ada seorang hamba Allah ada mention tentang Wad Korporat 2TD HUSM. First time dengar dan saya call lah untuk tanya lebih lanjut. Staf di sana kata perlu booking saja tarikh bila dah dapat tarikh bersalin Caesar. Kalau ada kosong, lepas bersalin nanti bolehlah terus duduk di wad ini.

Wad 2TD HUSM

Merujuk kepada laman web rasmi HUSM, wad ini menerima kemasukan pesakit berdasarkan permintaan dan kemampuan pesakit, memandangkan wad ini mengenakan caj berbeza berbanding wad biasa.

Ada beberapa kriteria yang perlu ditepati untuk kemasukan wad ini, iaitu:

i) Berkeadaan stabil

ii) Mendapat kebenaran doktor perawat

iii) Bayaran adalah tunai / kad debit / kad kredit. GL & Insurans tidak diterima.

Boleh call nombor ni untuk tempah katil : 09-7674054/4055.

Kena ada kad akses untuk masuk ke dalam wad ni.

Kelebihan Wad 2TD HUSM

Masa bersalin tempoh hari, sebelum bersalin saya wajib duduk dalam wad biasa dulu (Baiduri & Topaz). Doktor akan pantau sampai keadaan stabil selepas pembedahan Caesar. Kemudian bila dah dapat kebenaran doktor, barulah boleh dimasukkan ke wad 2TD.

Antara keistimewaan wad ini adalah:

1. Bilik Wad Yang Serba Lengkap

Kemudahan dalam wad serba cukup dan selesa. Ada aircond, ada TV dan sofa bed. Dapat tandas yang private, tak perlu kongsi sebab ada tandas dalam bilik.

Jadi, bukan kita saja yang selesa, orang yang menunggu pun boleh temankan kita dengan selesa.

ada aircond, TV, peti sejuk pun ada untuk simpan stok susu perahan.

2. Suami Boleh Teman

Kalau wad biasa yang rama-ramai tu, biasanya yang boleh teman kita perempuan sahaja. Peneman pula biasanya cuma dibenarkan dari jam 7 malam – 7 pagi sahaja. Bayangkan kalau kita czer, dah tentu nak jalan pun susah.

Kalau ikutkan hanya 2 orang yang boleh teman dan kanak-kanak pula hanya boleh masuk waktu melawat saja. Tapi disebabkan anak-anak 2 orang tu tak ada orang yang jaga, saya terpaksa ‘angkut’ suami dan anak-anak 2 orang untuk bermalam di wad.

Papa jaga baby masa ni saya bengkak susu, tak boleh bangun dan demam.

3. Layanan Tip Top

Nak dijadikan cerita, masa dalam wad tu pun ada terkena bengkak susu sampai demam menggigil. Dengan pantas mereka hantar nurse dari lactation department untuk bagi ajar teknik urutan, tuam, dan cara nak bagi surut bengkak. Alhamdulillah esoknya terus lega, susu badan keluar dgn jayanya. Terima kasih sangat pada staf (namanya Kak Su) yang dah memang macam mak-mak kita. Dah discaj pon masih mesej tanya khabar, banyak tak susu, sihat tak, dan sebagainya.

Alhamdulillah selama dalam wad 2TD, layanan staf, nurse, doktor memang 5 star. Rasa cepat je sembuh luka czer. Mungkin sebab kita tak stres dan rasa selesa, tubuh dapat rehat yang cukup, minda pun tenang. Lagi cepat proses recovery, maklumlah dah masuk 3 kali czer termasuk yang ini.

Dapat buku tips dan panduan penyusuan ibu dari staff nurse lactation.

4. Kos Murah

Wad ini kita bayar kos untuk wad sahaja ikut bilangan hari. Bayara deposit RM500 masa mula-mula daftar. Lebihan daripada jumlah yang dikenakan akan dikembalikan nanti bila dapat bil.

Caj rawatan, ubatan, pembedahan semua dikira lain dan ditanggung sendiri. Oleh sebab saya guna GL suami (kerja kerajaan), jadi kos rawatan bersalin caeser dan ubatan semua dipotong pakai GL. Jadi saya hanya perlu bayar caj untuk wad 2TD sahaja pakai wang tunai. Masa saya bersalin hari tu cajnya rm150/ sehari dan update terbaru kosnya rm200/sehari.

Maka jumlah yang saya bayar untuk bermalam selama 4 hari di Wad 2TD ini ialah RM450. Masa keluar nanti dapatlah balik RM50 daripada baki RM500 deposit tadi. Hah, selamatlah duit ribu-ribu kalau bersalin dekat hospital swasta kan?

Staf nurse lactation kaksu,lepas discaj pon masih tanya khabar, best kan staff husm.

Serius Berbaloi!

Jadi ibu-ibu yang bercadang nak bersalin di Wad Korporat HUSM ini bolehlah pertimbangkan dan book awal-awal, takut katil penuh. Memang berbaloi dan selesa duduk dalam wad ini walaupun bayar lebih sikit berbanding biasa. Tapi taklah mahal macam hospital swasta.

Yang penting sepanjang bersalin dan berpantang, tubuh sihat, minda tenang, fikiran tak stress dan tak fikir sakit sebab selesa dengan layanan.

Sekadar perkongsian untuk para ibu. Semoga bermanfaat ya!

*Perkongsian pengalaman bersalin di Wad Korporat HUSM ini dikongsikan oleh Puan Siti Zainab menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang tips atau pertanyaan lanjut, boleh terus rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×