Hospital

Pengalaman Bersalin Di Az Zahrah, Bangi (Hospital Islam Az-Zahrah)

3.3K
reads
Pengalaman bersalin di Az Zahrah

Jenis Hospital: Swasta

Alamat: 
Hospital Islam Az-Zahrah
39, 23, Jalan Medan Pb 1a,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Nombor telefon:  03-8921 2525

Laman web: www.azzahrah.my

Email:  info@azzahrah.my

Lokasi:

[flexiblemap address=”34, Jalan Medan Pb 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi” title=”Hospital Islam Az-Zahrah”]

[infobox title=’Tentang Hospital Islam Az Zahrah’]

Hospital Az Zarah

Medi-Circle Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang ditubuhkan pada Mac 1997. Syarikat ini telah ditubuhkan untuk meneroka di dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan dan menjadi usaha kami untuk menjadi salah satu peneraju utama dalam industri ini. Kejayaan pertama kami dalam perkhidmatan perubatan ialah dengan penubuhan Pusat Rawatan Az-Zahrah Islam (AZIM) Bandar Baru Bangi, pada bulan Oktober 1997.

Terdiri daripada pasukan yang berwibawa dan berkeupayaan di dalam pengurusan dan para perubatan profesional, Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah (AZIM) telah mencatatkan pertumbuhan luar biasa dengan pencapaian kewangan dan sosial yang berterusan. Hari ini, kami menawarkan pelbagai rawatan perubatan yang khusus untuk memenuhi keperluan penduduk setempat yang semakin meningkat dan juga kawasan penduduk di sekitarnya.

Kini, Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah (AZIM) yang dikenali sebagai Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ).

[/infobox]

Hospital Islam Az Zahrah

Foto Kredit: www.azzahrah.my

1. Kos / Harga Bilik

  • Deluxe : RM220
  • Two Bedded : RM125
  • VIP : RM285
  • Standard Single : RM185
  • Single : RM155
  • Three Bedded : RM110
  • Four Bedded : RM90
  • Super Deluxe : RM250
  • Nursery : RM50 – RM170
  • Surgical Case : RM60

**Harga bilik termasuk makanan, tidak termasuk GST 6%

2. Harga / Kos Bersalin

  • Normal Delivery: RM1,688

Caj tambahan mungkin dikenakan jika peralatan tambahan atau ubat diperlukan, atau proses kelahiran yang memerlukan prosedur khas seperti Vacuum, Forcep atau Epidural. Berikut adalah caj tambahan jika:

  • IOI (INDUCTION OF LABOUR) : RM400
  • NORMAL VACCUMM : RM400
  • KIWI VACCUMM : RM500
  • EPIDURAL : RM800
  • FORCEP : RM400

3. Pakej Bersalin

HIAZ menawarkan Pakej Bersalin Ummi pada harga RM1,688 sahaja. Pakej ini termasuklah:

  • Ujian Nurseri, Kumpulan Darah, G6PD Ujian, TSH dan suntikan wajib (VIT K, BCG dan HEP ​​B1)
  • Pemeriksaan CTG (2 kali 10 minit setiap sesi) CTG check-up (2 times 10 minutes per session)
  • Pemeriksaan bayi oleh Pakar
  • Peralatan perubatan dan keperluan asas kehamilan
  • Bilik 2 katil

Antara kelebihan lain Pakej Bersalin Ummi ialah:

  • PERCUMA 1 SESI sauna
  • 50% Diskaun untuk 2 jam Pakej Spa

4. Bilangan Katil

Tiada maklumat

5. Kemudahan, Servis dan Fasiliti

  • Kawasan menunggu
  • Wad
  • Farmasi
  • Nurseri
  • Dewan bedah

Harga dikira mengikut hari, makanan disediakan.

6. Senarai Doktor Pakar

Obstetrics & Gynaecology

  • Dr. Noraini bt Nor
  • Dr. Fazlina Hanum bt Mohd Ali
  • Dr. Mashita Mohamed Kassim

7. Pengalaman bersalin di Az Zahrah

Jom baca pengalaman bersalin di Az Zahrah Bangi yang dikongsikan oleh Nazira Mohd Redzuan:

Dalam pukul 5 pagi, memang tak tido langsung aku malam tu, sakit makin kerap. Disebabkan aku tak tahan sakit contraction yang dah terlalu kerap, memang aku taknak balik rumah sebab contraction setiap 5 minit kot. So, kitorang decide untuk terus ke Hospital Azzahra Bangi, tempat aku buat monthly checkup.

Mula2 rasalah sakit tu berkurang, dapat tido sampai pukul 1 lebih. Dalam pukul 2 lebih, datang balik sakit tu. Kali ni contraction makin kuat. Aku genggam tangan Shahrir sekuat hati setiap kali terasa contraction. Ni dah sampai tahap nangis2 aku cuba menahan sakit. Terus panggil nurse. Mak bidan datang check jalan, dah 8 cm!!!!! Fuh!!! Lega sangat aku, finally the time has come. Dalam pukul 3.10 pagi masuk labour room.

Lupa nak sebut, doktor yang sambut kelahiran baby girl kitorang ni ialah Dr. Noraini, a very friendly & motherly doctor. Aku buat monthly checkup dengan Dr. Noraini jugak so semua rekod perubatan sepanjang bersalin ada dalam tangan beliau. Proses menjahit luka bersalin pun sekejap je, tak terasa sangat berbanding dengan bersalin Nawfal dulu. Mungkin sebab Dr. Noraini dah berpengalaman lama, so she knows how to make the process not so painful. Kalau google pasal Hospital Azzahra pun, kebanyakan blogger dirawat oleh Dr. Noraini & semuanya bagi review yang positif.

Untuk baca cerita penuh pengalaman bersalin di Hospital Islam Az Zahrah, Bangi ini, anda boleh baca di blog Puan Nazira sendiri di sini.

Bagaimana dengan anda?

Pernah bersalin di Az Zahrah, Bangi? Jika pernah, kongsikan pengalaman bersalin di Az Zahrah di ruangan komen di bawah. Bukannya apa, sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit maklumat, panduan dan manfaat untuk bakal ibu yang lain!

[rwp-review id=”1″]

[rwp-table id=”0″]

[rwp-table id=”1″]

 

Yang Popular

To Top