Inspirasi

‘Pendaki Termuda!’- Pengalaman Hebat Ibu Daki Gunung Kinabalu Bersama Anak Usia 3 Tahun

325
SHARES

Tidak ramai dalam kalangan ibu bapa mempunyai pandangan positif untuk melakukan aktiviti lasak bersama anak. Hal ini kerana faktor keselamatan yang ketat perlu dititikberatkan supaya semuanya berada dalam keadaan yang selamat. Namun, berbeza pula dengan ibu inspirasi ini dimana beliau berkongsikan pengalamannya mendaki Gunung Kinabalu dengan membawa anak berusia 3 tahun!

Ternyata perkongsian kisah inspirasi ini mendapat ribuan perkongsian di laman media sosial yang ratanya kagum dengan kecekalan si ibu ini. Secara langsung, ini menjadikan anaknya tersenarai sebagai pendaki paling muda ke puncak Gunung Kinabalu.

DAKI GUNUNG KINABALU BERSAMA ANAK USIA 3 TAHUN, PALING MUDA!

Journey “the youngest girl to scale MT Kinabalu “ 3yrs 10months . @pinces.sofia 

Pertama sekali , kami nak ucapkan terima kasih atas doa kalian. Tapi saya nak betulkan beberapa statement, saya bukan lah berat 127kg , tapi pernah #was127kg.

Bismillah . “Memories For Life “

Part 1

Start hiking 10am-6.30pm sampai di Laban Rata . 8jam setengah nak hiking , fuhhh!!!!!!! Laban rata ( dari check point bawah ke tempat stay bahagian atas , dorang tulis 6km tapi jam detect 9km ) Kenapa lambat sampai Laban Rata ? Sebab phase bawak budak lain , bukan sama macam biasa , kena jaga perasaan dia , keselesaan dia , kegembiraan dia , nak buang air kecik ,besar ,semua kena jaga .

Sebabkan terlalu lama hiking , 8jam setengah , kaki , lutut semua dah terasa . Jalan puncak Kinabalu dia macam tangga yang tak habis . Tengok tangga macam nak menangis . Masa 4km , masa ni mental dah kacau , bila nak sampai ni , Ya Allah apa aku buat ni ? Patutnya i just stay at home and relax, 5km , tiba-tiba hujan , oksigen dah makin kurang , makin sejuk , lepas tu hujan lebat .

Ya Allah dugaan ,lain macam. Rasa nak menangis dan nak balik. Tapi sofia ? Sangat memudahkan , hujan pun duduk diam dalam carrier . Berjam- jam dalam carrier , and dia pun jalan sendiri , seolah dia faham , mummy dah sakit mentally and kaki semua . Tak sikit pun dia cakap nak balik atau pun merepek buat tantrum . Hujan basah pun dia senyap . Dia enjoy the journey ..

Anak baik mummy .

Sampai Laban Rata 6.30pm , terus masuk dekat cafe dengan keadaan basah , semua orang mcm terpegun dan ada yang tepuk tangan , sebab nampak Sofia . Setiap kali berselisih dengan hikers ,semua bagi semangat dekat sofia dan kami . Benda jarang-jarang nampak budak kecik naik Kinabalu .

Sampai terus makan , check in dorm solat dan rehat sebab nak bangun pukul 2 pagi untuk summit attack . Masa ni aku cakap hmm tengok la dulu keadaan macam mana esok , rasa macam “cukuplah sampai Laban Rata , rasanya tak sanggup dah lagi ni “ .

“Summit attack “

Bangun 2.00am pagi tu , memang tak mandi sebab air macam air batu , kejut sofia then siapkan dia . Dia pun tak menangis bangun pagi , relax je . Pergi makan dekat cafe , then dengar guide cakap , dari Laban Rata ke puncak Kinabalu lagi 2.9km. Bermakna lagi 3jam /3jam setengah hiking dan jalan bahaya ,dan lagi mencabar .

Dalam hati , tak pelah buat je untuk sofia , lagi pun dah sampai sini . Kalau bukan sekarang ,bila lagi ? Naik Kinabalu , mental memang kena kuat , lain macam saiko dia . Luar biasa . Betul-betul luar biasa . Tambahan pula memang amie tak de training , 2 hari before that naik meragang hill.

Masa ni preparation untuk “summit attack” ( dari laban rata ke puncak Kinabalu ) pukul 2.45am dan kena sampai check point pertama before pukul 5.00am (dlm hati Ya Allah boleh ke aku buat ni ? dengan kaki dah tempang ), kalau tak berjaya kiteorg kena turun balik dan tak dibenarkan panjat sampai puncak dan kena turun balik .

Preparation untuk sofia sebab suhu dekat puncak 6-2 darjah celcius .Dalam hati amie memang , okay let’s do this , cepat naik cepat turun . 2 warmer , 1 sweater , 1 jaket , 4 lapis seluar dan socks dan doa seorang ibu yang tak putus-putus. Maybe ibu/wanita boleh relate video ni , macam mana ibu prep kan anak untuk make sure anak selamat dalam setiap langkah . Ya Allah memang mintak dengan Allah ,supaya kuatkan Sofia .

CUACA TERLALU SEJUK, JALAN MENCABAR

Start hiking dari Laban Rata pukul 3.00 pagi , cuaca terlalu sejuk , sepanjang naik tu , ada team yg berhenti muntah , tak cukup nafas , macam-macam . Tapi focus Amie cuma nak lepaskan check point tu , dan Alhamdulillah kami berjaya lepas check point pukul 4.05am. Jalan agak mencabar sebab gelap , sejuk , dan kurang oksigen . Di 8km kami berhenti untuk solat subuh , ni mungkin kali pertama dan kali terakhir pengalaman solat subuh dekat puncak Kinabalu ( unforgettable moments ) .

Then cepat-cepat sambung mendaki , pukul 5.55 pagi , kami sampai puncak !!!!!!! Tapi sofia menangis mungkin kurang selesa sebab sejuk dan masih gelap . Nilah video masa dah sampai puncak dan mummy peluk sofia untuk tenangkan dia . Masa ni risau takut sofia hypothermia, masa ni juga sel-sel otak tak berhubung sebab penat ,sejuk dan risau . Hikers lain semua support dan ada yg bagi warmer , thanks guys.

Masa ni amie tenangkan sofia dulu , sebab dia menangis sikit , takut terlalu sejuk dan takut hypothermia . Tapi ??? Akhirnya “mission untuk break kan record “the youngest girl to scale MT Kinabalu “ tercapai ! Dengan keadaan terlalu sejuk , kasut basah , lutut mmg dah out dah .. sampai juga . Alhamdulillah Ya Allah ! Terima kasih izinkan kami naik dan turun dengan selamat . Perasaan ? Tak terluah dan tak tertulis . Kenangan yang takkan dilupakan sampai bila-bila .

PENTINGKAN KESELAMATAN ANAK

Yang tanya tentang keselamatan Sofia sebab ,long hours hiking dan puncak gunung terlalu sejuk takut Sofia hypothermia , jangan risau , saya bukanlah berseorangan , saya bersama Dr Muaz , untuk memastikan Sofia dalam keadaan okay dan membantu kami dalam perjalanan

Thanks to my team , Dr Muaz Mu’adz Zayd yg tolong angkat sofia juga , i’m not alone , memberi support ,menjadi malim gunung juga and make sure Sofia dalam keadaan stabil dan tolong amikkan gambar dan video and thanks dekat guide kiteorg. Congrats girl !!!!! Umur 3tahun 10bulan awak berjaya sampai puncak Kinabalu !

Dear Sofia ,

Mummy harap awak tak lupakan kenangan ni , mungkin mummy jarang-jarang nak belikan awak toys yang awak nak atau yang mahal-mahal tapi mummy nak bagi awak “kenangan yang awak tak boleh lupakan sampai bila-bila”. Kenangan yang bila dan besar nanti awak akan ingat dan hargai . Banyak dah kita lalui berdua , susah senang . Dari mummy pregnant awak sampai sekarang .Terima kasih Sofia sebab selalu ada dengan mummy dan buat mummy jadi kuat . Terima kasih Sofia , awak hebat dan kuat , kuat macam mummy ,macam nenek .

Sumber: Siti Aminah Borhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×