Perhatian kepada ibu ayah yang berhasrat mendaftarkan anak ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2022, anda boleh membuat permohonan secara atas talian menerusi laman web yang akan dibuka tak lama lagi.
Berikut adalah maklumat lanjut tentang tarikh permohonan, syarat-syarat kelayakan beserta cara membuat pendaftaran.
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2022 Secara Dalam Talian
Antara perkara penting yang ibu ayah kena take note adalah:
Tarikh Permohonan
Dibuka Mulai 1 Mac 2021 Hingga 31 Mei 2021
Syarat Permohonan Kemasukan Prasekolah Sesi 2021
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 15 Januari 2018 sahaja yang layak untuk memohon.

Foto Kredit: hmetro.com.my
Cara Membuat Permohonan / Pendaftaran Prasekolah Sesi 2022
1. Layari Laman Web
Layari laman web rasmi E-Prasekolah di https://eprasekolah.moe.gov.my/index.php
2. Daftar Pengguna
Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.
Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.
3. Lengkapkan Butiran
Isi dan lengkapkan butiran yang diperlukan.
Rujuk manual pengguna di SINI.
4. Kemaskini Maklumat & Cetak
Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen yang berkaitan.
5. Tunggu & Semak Status Permohonan
Semak keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2022 bermula 5 Ogos 2021.
Bagi permohonan yang Tidak Berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2021 hingga 20 Ogos 2021.
Nota:
- Kemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN
(tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah). - Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemas kini semula oleh ibu bapa/penjaga.
- Ibu bapa/penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya
membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem. - Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak
borang permohonan sahaja. - Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu
bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk
dikemaskini.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan sila kemukan melalui email kepada Jabatan Pendidikan Negeri berikut:
JPN Johor [email protected]
JPN Kedah [email protected]
JPN Kelantan [email protected]
JPN Melaka [email protected]
JPN Negeri Sembilan [email protected]
JPN Pahang [email protected]
JPN Perak [email protected]
JPN Perlis [email protected]
JPN Pulau Pinang [email protected]
JPN Sabah [email protected]
JPN Sarawak [email protected]
JPN Selangor [email protected]
JPN Terengganu [email protected]
JPWP Kuala Lumpur [email protected]
JPWP Labuan [email protected]
JPWP Putrajaya [email protected]