Rakyat

Kurangkan Makan Hasil Laut Bercangkerang Di Selat Melaka, Risiko Dicemari Logam Berat – Saintis UMT

11.6K
SHARES

Mesti ramai antara kita yang suka makan seafood kan?

Tambahan pula sekarang ni memang famous dengan hidangan shell out yamg cukup viral.

Tapi, dalam sebuah kajian yang dilaporkan oleh BERNAMA, seorang saintis dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menasihatkan agar kita mengurangkan pengambilan makanan laut bercangkerang, terutamanya di kawasan Pantai Barat Semenanjung.

Kajian Mendapati Pencemaran Logam Berat Dikesan Di Sepanjang Pelabuhan Selat Melaka

Saranan ini adalah berikutan risiko dijangkiti penyakit akibat keracunan logam berat.

Saintis UMT, Prof Madya Dr Ong Meng Chuan berkata menerusi kajian yang dijalankan pasukannya, pencemaran logam berat seperti arsenik, kadmium, plumbum dan merkuri banyak dikesan di kawasan muara sungai dan pelabuhan di sepanjang Selat Melaka.

Kajian tersebut dijalankan pasukan beliau baru-baru ini dalam pelayaran saintifik menggunakan kapal penyelidikan UMT, RV Discovery sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) dari 13 hingga 22 Mac lalu dari Kuala Terengganu hingga ke Tanjung Lembong, Pulau Langkawi, Kedah.

Ekspedisi yang disertai 25 saintis dan penyelidik itu, telah melalui lebih 45 stesen persampelan di dua laluan maritim iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Kawasan Berisiko

Mengulas mengapa kawasan perairan Selat Melaka lebih tercemar berbanding Laut China Selatan, Ong berkata keadaan laut Selat Melaka yang cetek dan peningkatan sektor perindustrian di kawasan pelabuhan dan muara sungai menjadikan ia penyumbang utama pencemaran tersebut.

Menurut hasil pemerhatian mereka, antara kawasan yang dikesan berisiko menghadapi pencemaran logam berat itu adalah sekitar pelabuhan di

  • perairan Johor,
  • Pelabuhan Klang dan
  • muara sungai di Pulau Pinang.

“Fenomena itu secara tidak langsung turut mencemari sumber makanan laut kerana sifat haiwan bercengkerang ini ia mendiami habitatnya dan tidak bergerak ke tempat lain…secara tidak langsung, ia memperoleh sumber makanan daripada tempat ia tinggal.

“Jadi sudah tentu jika perairan itu dicemari logam-logam berat berkenaan, sudah pasti ia turut mencemari haiwan bercangkerang itu yang seterusnya dimakan oleh manusia,” katanya kepada Bernama.

Foto Kredit: umt.edu.my

Kesan Jangka Panjang Boleh Menyebabkan Pelbagai Penyakit

Ong berkata tidak ramai yang menyedari kesan pencemaran logam berat daripada sumber makanan laut boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia kerana ia melibatkan kesan jangka masa panjang.

“Kesan pencemaran logam berat terhadap manusia mengambil masa yang lama untuk dikesan sebab ia melalui proses biookomulasi dimana kita makan sedikit daripada makanan itu yang dicemari arsenik atau merkuri (logam ini tidak diperlukan oleh badan) setiap hari dan akhirnya akan menyebabkan kita mendapat pelbagai penyakit,” katanya.

Punca Pencemaran Selat Melaka

Di kawasan muara sungai, arus sungai adalah lebih lemah dan menyebabkan logam-logam berat ini mudah terdampar dan menjadi mendapan di sungai dalam jangka masa yang lama.

“Keadaan perairan yang sempit dan cetek, juga telah menjadikan kadar pemendapan bahan logam berat itu tinggi berbanding di Laut China Selatan yang mempunyai kadar isi padu air laut yang lebih banyak dan ini akan mencairkan bahan logam tersebut,” tambahnya.

Sehubungan itu, Ong berkata kerajaan dan pihak yang berkaitan perlu bertindak tegas dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang mengambil remeh isu pencemaran logam berat di kawasan perairan negara ini.

“Mungkin denda yang lebih tinggi atau hukuman yang lebih tegas boleh dikenakan terhadap mereka yang didapati bersalah melakukan pencemaran ini.

“Kita juga tidak mahu kes pencemaran bahan kimia yang berlaku di Sungai Kim-Kim hingga menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang diarah ditutup 7 Mac lalu berulang kembali,” katanya.

*Sumber: BERNAMA, NST

[UPDATE] Sumber terbaru daripada Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah MENAFIKAN kenyataan di atas pada 9 April menerusi sebuah kenyataan media.

Pensyarah yang terlibat juga memberitahu bahawa keputusan kajian  masih belum diperolehi sepenuhnya daripada sampel.

Oleh itu, orang ramai tak perlu panik kerana semua jenis kerangan di Selat Melaka buat masa ini adalah selamat untuk dimakan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×