Rumah

PEMULIH: Kadar Diskaun Bil Elektrik TNB (Pengguna Domestik) Mulai Julai – September

421
SHARES
diskaun bil elektrik pemulih tnb

Kadar Diskaun Bil Elektrik (PEMULIH)

Tahukah anda, Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) telah memperincikan pemberian diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik di Semenanjung dan Sabah yang diumumkan kerajaan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Diskaun diberikan secara automatik kepada semua pengguna kediaman (domestik) yang berdaftar dengan TNB berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 Julai hingga 30 September 2021.

Jom semak kadar kelayakan dan cara pengiraannya bagi bil elektrik rumah anda.

Kadar Diskaun Bil Elektrik PEMULIH Yang Layak Diterima – 40%, 15%, 10% atau 5%?

Pengguna kediaman (domestik) di Semenanjung Malaysia layak menerima diskaun ini secara automatik berdasarkan jumlah penggunaan bulanan seperti jadual di bawah:

JUMLAH PENGGUNAAN SEBULAN BAGI PENGGUNA KEDIAMAN (DOMESTIK) KADAR DISKAUN

1 hingga 200 kWj atau sehingga RM43.60

40%

201 hingga 300kWj atau RM43.93 sehingga RM77.00

15%

301 hingga 600kWj atau RM77.52 sehingga RM231.80

10%

Di antara 601-900kWj atauRM232.35 hingga RM395.60

5%

Contoh, sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWj atau RM 77.00, maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 15% ke atas bil mereka.

diskaun bil elektrik tnb pemulih

Tempoh Diskaun Bil Elektrik PEMULIH

Diskaun pakej PEMULIH akan diberikan mulai penggunaan 1 Julai sehingga 30 September 2021.

Pengguna akan dapat melihat diskaun di dalam bil elektrik yang bertarikh 15 Julai 2021 dan seterusnya. Bagi pengguna yang menerima bil bertarikh antara 1 – 14 Julai 2021, amaun diskaun (yang layak) untuk bulan Julai 2021 akan dimasukkan ke dalam bil bulan Ogos 2021.

Pelanggan yang menerima bil sepanjang bulan Julai 2021 akan menikmati diskaun mengikut bilangan hari penggunaan dalam bulan Julai 2021. Diskaun yang diberikan adalah selepas mengambil kira rebat ICPT sebanyak RM0.02 per kWj.

Diskaun PEMULIH akan mula dinikmati sepenuhnya di dalam bil bulan Ogos dan September 2021.

Cara Permohonan Diskaun Bil Elektrik

Pengguna kediaman (domestik) tidak perlu mengambil apa-apa tindakan kerana diskaun akan diberikan secara automatik bagi semua pengguna yang layak.

Saya adalah pengguna kediaman (domestik) dengan bil bulanan sekitar RM400, adakah saya layak menerima diskaun di bawah pakej PEMULIH?

Pengguna tidak layak menerima diskaun bil elektrik di bawah pakej PEMULIH kerana penggunaan telah melebihi had maksimum diskaun PEMULIH iaitu 900kWj atau RM395.60 sebulan.

Namun pengguna masih dapat menikmati rebat ICPT pada kadar RM0.02 per kWJ bagi penggunaan elektrik dari tempoh 1 Julai sehingga 31 Disember 2021 dengan anggaran penjimatan bil sebanyak 4-5%.

Maklumat Lanjut 

Untuk info lanjut tentang diskaun bil elektrik TNB di bawah pakej PEMULIH, sila rujuk laman web Tenaga Nasional Berhad (TNB) di laman web berikut: https://www.tnb.com.my/mco/pemulih/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×