Inspirasi

Pembaca Berita & Host RTM Berpakaian Lengkap Konsep ‘Kembali Ke Sekolah’, Memang Rare!

137
SHARES

Selepas lebih 3 bulan tidak menjejakkan kaki ke sekolah akibat penularan wabak Covid-19 dan berlansungnya Perintah Kawalan Pergerakan, hari ini sesi persekolah bagi pelajar Tingkatan 5 dan 6 telah kembali ke sekolah. Memulakan sesi persekolahan dengan norma baharu dimana pemeriksaan suhu badan, pemakainan face mask dan penjarakan sosial dijadikan SOP utama, ramai juga yang teruja untuk tahu bagaimana sesi persekolahan norma baharu ini akan berlaku.

Bukan itu sahaja, salah sebuah stesen televisyen terkenal iaitu RTM juga hari ini mengambil inisiatif untuk mengenakan pakaian sekolah bagi penyampai berita dan penyampai rancangan pagi mereka. Memang lain dari yang lain.

MEMANG RARE PEMBACA BERITA RTM PAKAI BAJU SEKOLAH

Hanya di RTM. Rare gila bila tengok pembaca RTM pakai baju sekolah. Jarang berlaku. Saksikan hari nie.. Khabarnya ada lagi kejutan oleh pembaca berita RTM. Good job. Korang tukar channel lain pun korang takkan dapat tengok kesemua pembaca berita berbaju sekolah hari nie.. Hanya di RTM.. Good job team berita RTM.

Boss @aiesarkase, ketua kelas @iamtunjulia dan semuaa team. RARE tengok berita TV RTM hari nie….Tahniah juga team @selamatpagimalaysia.. Mmg terbaikkkkkk… Konsept Masuk sekolahhh… Comel jer @zaleha.khairene @nadhir_nordin @munawar_azmie pakai baju sekolah kan.. hanya di RTM… Team SPM mmg terbaik.

Bukan hanya pembaca berita, malah penyampai pagi di rancangan Selamat Pagi Malaysia juga turut mengenakan pakaian sekolah bagi siaran pagi tadi. Memang comel!

Malah, mereka juga turut mendemonstrasikan proses pemeriksaan pelajar ke sekolah iaitu menggunakan alat pengesan suhu dan memakai face mask. Terbaik!

Sumber: Awang Suffian Awang Hussin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×