Hebahan

Kenapa Perlu Buat #2kerja Kalau Boleh Jadi Boss Sendiri? Yang Kena VSS Pun Boleh!

243
SHARES
pemasaran mulut ke mulut

Ingat lagi apabila ada seorang menteri mengeluarkan kenyataan, bahawa kita semua kena buat #2kerja?

ahmad-maslan-2kerja

Itu yang masih ada kerja full-time, sudah digesa agar buat #2kerja. Bagaimana pula yang kena buang kerja, atau bahasa korporatnya, VSS?

Berada di dalam keadaan ekonomi dunia yang merudum, kita semua tidak terkecuali daripada merasai bahangnya. Ada yang terpaksa mengikat perut, dan ramai juga mereka yang perlu melakukan beberapa pekerjaan. Kalau masih bujang, mungkin masih lagi boleh bertahan. Bagaimana yang ada anak-bini yang mulutnya minta disuap setiap hari?

Jadi, adakah berniaga jalan terbaik?

Kalau sudah kena VSS, tidak ada jalan lain lagi. Bayangkan umur sudah 40-an, sangat sedikit syarikat yang ingin mengambil pekerja yang sudah veteran. Yang terbaik adalah dengan menceburi bidang perniagaan walaupun terpaksa, kerana 9 daripada 10 punca rezeki adalah menerusi perniagaan.

Bagi golongan yang menceburi bidang perniagaan tersebut, tanya sendiri soalan berikut:

  • Baru mulakan perniagaan dan tak tahu bagaimana nak kembangkannya?
  • Dah berniaga beberapa tahun tapi tak tahu bagaimana untuk membawa perniagaan anda ke tahap yang seterusnya?
  • Dahagakan tips daripada mereka yang telah pun berjaya di dalam perniagaan?
  • Mahu mendampingi rakan-rakan seperjuangan di dalam perniagaan?

rootwommers logo

Jika anda katakan ya untuk mana-mana soalan di atas, kini ada penyelesaiannya. Rootwommers adalah platform terbaik bagi anda mengetengahkan produk atau servis anda, dan biarkan rakan-rakan anda yang juga pemilik perniagaan – jalankan pemasaran mulut ke mulut ke rangkaian mereka.

Kisah penjual sos BBQ

Kita ambil satu contoh mudah, Azma yang telah pun menjadi ahli Rootwommers selamasa 2 tahun setengah. Beliau telah diberhentikan kerja (atau lebih dikenali dengan istilah VSS) dan dalam usia yang masih muda.

“Mungkin nasib agak menyebelahi saya. Selepas kena VSS, saya diterima bekerja di satu syarikat lain. Namun jodoh saya dengan syarikat itu juga tidak lama.

Sejak 7 tahun lalu, saya berjinak-jinak dengan  perniagaan keluarga dan seterusnya mengambil alih pengurusan sepenuhnya”.

Bagi memastikan kelangsungan hidup, maka beliau berjinak-jinak di dalam perniagaan sos BBQ.

“Pada awalnya, saya bergerak secara solo. Sejujurnya, ada hari-hari yang buat saya jadi ceria, tambahan lagi bila ada yang membeli produk saya. Selalunya, ia lebih kepada hari-hari yang mengecewakan kerana produk saya ditolak mentah-mentah oleh pelanggan.

Biasalah, hidup ini ada turun naiknya. Bila ada sales, mood pun jadi happy tapi bila tengah down; saya akan duduk bersendirian, mengunci diri di dalam bilik. Boleh bayangkan tak betapa murungnya saya waktu itu?”

Tapi semuanya berubah 2 tahun setengah yang lalu apabila Kak Azma diperkenalkan kepada Rootwommers oleh seorang rakan beliau yang merupakan seorang juruterbang yang berniaga aiskrim (wah ingatkan juruterbang dah boleh hidup selesa kan?). Pada mulanya memanglah berasa kekok, tak reti bercakap depan orang, kurang keyakinan diri dan Bahasa Inggeris pula berhabuk.

Sos BBQ Ita

Seronoknya bila dapat tengok produk kita berkongsi rak dengan jenama antarabangsa

Namun selepas itu, dengan izin Allah; kehidupan beliau berubah 360° dari segi dalaman dan angka jualan. Dengan adanya Rootwommers ini, kini rakan-rakan Rootwommers pula yang menjadi ejen pemasaran dan memasarkan sos BBQ kepada keluarga dan sahabat handai. Dan jika mereka sedang sibuk memasarkan barangan atau servis mereka, tiba-tiba terjumpa pula dengan pemilik restoran atau pemilik rangkaian pasar raya terkemuka yang juga merupakan sasaran pelanggan bagi sos BBQ – apa lagi, rakan Rootwommers tadi akan rekemenkan sos BBQ tersebut dan ini membuka peluang baru untuk anda.

pemasaran mulut ke mulut

Berikut antara produk Ita BBQ Black Pepper Sauce. Maklumat lanjut di Facebook Ita BBQ Black Pepper Sauce

Jika sebelum ini produk sos BBQ Kak Azma hanya dipasarkan ke 4 hypermarket; tapi kini telah mencecah sehingga 11 hypermarket seluruh Malaysia. Bukan sekadar hypermarket, produk beliau juga menembusi pelbagai supermarket dan halalmart di seluruh Malaysia juga!

Sampai tak menang tangan katanya untuk melayan dan memenuhi semua kehendak pelanggan yang semakin bertambah!

Belajar dari kesilapan orang lain

Pemasaran Mulut ke Mulut

Di dalam Rootwommers, ia bukan semata-mata untuk meraih pendapatan. Menerusi sesi networking yang diadakan, anda akan pelajari tips-tips daripada mereka yang lebih berpengalaman yang mereka gunakan. Juga kritikan yang membina menanti anda nanti!

Kita sebenarnya dibentuk oleh orang yang di sekeliling kita, jadi jika anda ingin jadi seseorang yang berjaya – maka dampingilah dan belajarlah dengan orang yang telah pun berjaya. Konsep yang sama turut diguna pakai di dalam Rootwommers, di mana ahlinya saling belajar sesama mereka. Tiada istilah “Saya dah berjaya, dan tidak perlu belajar untuk memperbaiki diri.”

Transaksi jutaan ringgit

Semenjak kelahiran Rootwommers dari Oktober 2011, Rootwommers telah pun berjaya mencatatkan transaksi sehingga RM20 juta di kalangan ahli-ahlinya. Ini adalah kejayaan yang boleh dibanggakan, kerana ianya dibangunkan oleh SME untuk SME.

Untuk menjadi ahli, anda hanya perlu bayar yuran keahlian dan kos pemasaran anda adalah percuma. Mana taknya, rakan anda yang akan tolong anda pasarkan produk dan servis anda secara ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan pun.

Jumpa usahawan face-to-face

Pemasaran Mulut ke Mulut

Foto Kredit: collegecandy.com

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh temui Rootwommers pada sesi jelajah ke selatan tanah air dari 25-28 April 2016 dan di Pulau Pinang pada 10 Mei 2016.

Sila rujuk grafik di bawah untuk keterangan lanjut. Jika berminat untuk sertai jelajah Rootwommers, sila hubungi nombor telefon yang tertera.

Pemasaran Mulut ke Mulut

Pakar dalam pemasaran mulut ke mulut

Anda juga boleh layari laman web www.rwommers.com dan juga FB Page https://www.facebook.com/rootwommers.

pemasaran mulut ke mulut

Takut nak jadi ‘boss’ sendiri? Belum cuba belum tahu!

Akhir kata, rezeki itu daripada Allah dan apa yang penting; adalah usaha dan cabaran yang dilalui sepanjang menjalani perniagaan tersebut yang kita ingin Allah redhai.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×