Hebahan

Pemangkin Berita, Media Prima Wakil Malaysia Ke Asia Pasifik Dalam Inisiatif Berita Google

2
SHARES

Berita gembira, Media Prima Digital (MPD) dipilih sebagai salah satu dari 18 organisasi dalam Cabaran Inovasi Inisiatif Berita Google (IBG) dari 255 penyertaan seluruh Asia Pasifik dan merupakan satu-satunya syarikat yang mewakili Malaysia di rantau ini. Bukan itu sahaja, dengan pemilihan ini menjadi Media Prima juga antara pilihan dalam pemangkin berita negara.

Media Prima Digital Wakil Malaysia dalam Inisiatif Berita Google (IBG)

Bukan itu sahaja, portal permainan dan esukan MPD, MyGameOn telah dipilih untuk mengemukakan idea dan dengan sokongan IBG, berusaha untuk menampilkan cadangan isi kandungan bagi meningkatkan penggunaan kandungan dari komuniti pemain melalui penyesuaian.

Inisiatif Berita Google (IBG) adalah usaha global Google untuk bekerjasama dengan industri berita bagi membantu mengembangkan kewartawanan dalam era digital. Melalui kutipan dana serantau, Cabaran Inovasi IBG akan memperkasakan pemangkin berita dari seluruh dunia bagi menunjukkan pemikiran baharu dalam kewartawanan dalam talian dan pengembangan model perniagaan penerbitan baru.

“Sebagai sebahagian dari usaha kami untuk membantu kewartawanan berkembang dalam era digital, Cabaran Inovasi Inisiatif Berita Google Asia Pasifik mencari cara kreatif bagi bilik berita di seluruh rantau dapat meningkatkan interaksi pembaca. Dipilih antara 255 pemohon, cadangan dari Media Prima menunjukkan penyelesaian yang dapat dilaksanakan, dan kami berhasrat untuk melihat hasilnya nanti.” kata Fazal Ashfaq, Ketua Penerbitan & Berita, APAC, Google.

BERBESAR HATI DIPILIH SEBAGAI PEMANGKIN BERITA

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali berkata Media Prima sangat berbesar hati kerana terpilih untuk sebuah inisiatif yang mempercayai pemerkasaan pemangkin berita, terutamanya pada masa yang mencabar ini. Mereka juga percaya ini adalah selari dengan komitmen kami untuk menjadi syarikat media digital pertama yang terkemuka dan dengan sokongan dan kepercayaan Google, akan terus berusaha membentuk industri berita.

Selain dari MyGameOn, Media Prima Digital juga telah mengambil alih operasi IGN Asia Tenggara baru-baru ini untuk mengembangkan lagi portfolio permainan dan esukan serta kewujudan digitalnya di rantau ini. Capaian digital Media Prima ketika ini berjumlah lebih dari 15.3 juta pelawat unik bulanan di seluruh platform digital kumpulan, memenuhi segmen audiens yang berbeza dan menyebarkan kandungan yang relevan di setiap platform.

“Media Prima Digital telah bekerjasama secara rapat dengan kedua-dua sektor awam dan swasta untuk mengembangkan lagi esukan sambil menyokong aspek penganjuran sihat dan profesional. Dengan sokongan Google, kami berusaha untuk terus menyampaikan kandungan yang bernilai kepada audiens dan yakin dengan visi kami membawa esukan ke tahap yang lebih baik.” kata Nicholas Sagau, Pengurus Besar Kumpulan, Media Prima Digital.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×