Hebahan

Pelajar Tingkatan 5 Jatuh Dari Bangunan Sekolah Pada Hari Pertama Persekolahan

2
SHARES

Nampaknya hari merupakan hari pertama sesi persekolah bagi tahun 2021. Walaupun kementerian telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan kali ini akan berlaku secara bersemuka, namun hasrat tersebut perlu ditunda gara-gara penularan wabak Covid-19. Walaubagaimanapun, bagi pelajar yang bakap menduduki peperiksaan, mereka diminta untuk kembali ke sekolah dan melalui sesi pembelajaran secara bersemuka.

Namun, tidak semua perkara akan mengikut kepada apa yang kita inginkan apabila hari ini kita dikejutkan dengan kes seorang pelajar jatuh dari bangunan sekolah pada hari pertama persekolahan!

HARI PERTAMA SEKOLAH BERTUKAR TRAGEDI

Hari pertama sesi persekolahan di SMK Petra Jaya bertukar tragedi apabila salah seorang pelajar jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut.

Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 pagi, ketika pelajar berkenaan berada berhampiran bilik darjahnya. Mangsa yang berusia 17 tahun dari Kampung Tupong Batu di sini kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak menggunakan ambulans dan keadaan dilaporkan stabil.

Menurut laporan Astro AWANI sebentar tadi, mendapati petugas forensik PDRM sedang melakukan siasatan di lokasi berkenaan dan masih menunggu status kesihatan pelajar terbabit.

Diharapkan kepada ibu bapa, guru dan pelajar sendiri supaya sentiasa jaga keselamatan sekeliling dan juga kesihatan mental dan fizikal supaya terus cekal.

Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×