Hebahan

Pelajar Sekolah Bakal Menikmati Sarapan Percuma Bermula Januari 2020- Dr Maszlee

12.4K
SHARES

Berita baik untuk semua ibu bapa dan pelajar, berkuatkuasa pada Januari tahun hadapan program sarapan percuma di sekolah akan dilancarkan. Perlaksanaan ini adalah untuk memberi kualiti sarapan terbaik kepada para pelajar. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bagi merealisasikan program tersebut kerajaan akan menggunakan hasil daripada cukai gula yang dikenakan.

Terbaharu, Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik menerusi Berita Harian mengumumkan program tersebut bakal diberi kepada kesemua pelajar tanpa mengira pendapatan isi keluarga.

CADANGAN BERI SARAPAN PERCUMA UNTUK SEMUA PELAJAR

Kementerian Pendidikan akan memastikan setiap pelajar yang hadir ke sekolah pada tahun hadapan akan menikmati makanan percuma sebelum sesi pembelajaran bermula. Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata langkah itu dibuat kerana di sebalik makanan percuma itu, berlaku perkara penting iaitu proses pendidikan sivik dan disiplin dapat diterapkan dalam kalangan pelajar.

“Kita bukan sahaja memberi makanan berkhasiat dalam membentuk generasi baharu yang sihat, malah mendidik anak-anak mengenai sivik dan disiplin.

“Sebelum makan basuh tangan, lepas makan kena kemas. Mereka semua ini akan makan bersama guru,” katanya ketika ditemui selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbok di sini, hari ini.

Ditanya sama ada pelajar dari keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) sahaja yang akan diberikan makanan percuma, Maszlee menjelaskan makanan itu untuk semua pelajar.

“Semua pelajar akan dapat. Pelajar sesi pagi akan menikmati sarapan, begitu juga pelajar sesi petang,” katanya.

DAPAT SAMBUTAN BAIK DARI ORANG RAMAI

NIAT YANG MURNI BANTU PELAJAR

Menteri Pendidikan ketika ditemui selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok hari ini berkata, kesemua pelajar tanpa mengira pendapatan dapat menikmati makanan percuma ini, termasuklah sesi pagi dan sesi petang.

Sumber : Berita Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×