Hebahan

Pelajar Paramedik CUCMS dapat pengalaman kerja dengan Ops Bantu JPAM Aidilfitri ini

1
SHARES
IMG_1

Pelajar CUCMS. Dari kiri – Mohd Iskandar Zulshah, Cleopatra Anisia, Ahmad Shakur Aslam, Syafiah Diyanah, Siti Nur Syafiqah and Franklyn Sirai.

Pelajar-pelajar daripada Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) berpeluang merasai pengalaman berharga dan mengambil bahagian secara langsung sewaktu operasi respons kecemasan seluruh Negara semasa perayaan Aidilfitri baru-baru ini. Dua puluh dua orang pelajar Diploma Sains Paramedik menyertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, JPAM sebagai sebahagian daripada modul latihan industri.

Modul ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada kehidupan sebagai seorang paramedik dan melatih mereka bagaimana untuk mengawal situasi mencabar. Ia merupakan sebahagian daripada Ops Bantu JPAM yang berlangsung dari 2 – 10 Julai 2016 dan mereka ditugaskan di Tol Bukit Mahkota ke Nilai dan Tol Senawang ke Nilai.

IMG_4

Pasukan tersebut berpeluang membantu mangsa kemalangan jalanraya dan lain-lain kecemasan. Di dalam salah sebuah kes, seorang mangsa kemalangan berhampiran Bukit Jalil mengalami hematemesis dan tidak boleh meregangkan lutut beliau. Penjagaan profesional dan berdedikasi diberikan serta-merta bagi meringankan beban sehingga beliau dipindahkan ke hospital.

IMG_3

Sebelum bermulanya Ops Bantu, pelajar-pelajar tersebut mengambil bahagian di dalam menyiapkan dan mengedar bubur kepada kakitangan kerajaan di stesen polis berhampiran, stesen bomba dan rumah anak yatim untuk Iftar. Pelajar di CUCMS adalah sangat prihatin kepada program komuniti dan ini sejajar dengan nilai kami, iaitu memupuk semangat ambil kisah.

IMG_2

Nik Mohd. Kamil, seorang pengajar CUCMS memuji dedikasi yang ditunjuk pelajar-pelajar tersebut. Beliau melahirkan rasa terima kasih kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan JPAM. Perkongsian akademi-industri adalah penting bagi memastikan pelajar-pelajar CUCMS bersiap-sedia bagi memenuhi permintaan tinggi kehidupan semasa bekerja.

 

MENGENAI CYBERJAYA UNIVERSITY COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES

Cyberjaya University College of Medical Sciences is a top tier university in Malaysia that focuses on niche healthcare programmes. The university has been rated as Tier-5 (Excellent) by the Malaysian Qualifications Agency. Strategically located on a modern, fully equipped 5-acre campus at the heart of Cyberjaya, the university currently has over 3500 students who are enrolled in more than 20 programmes ranging from degree to postgraduate research courses in areas such as medicine, pharmaceutical sciences, psychology, homeopathic medical sciences, physiotherapy, occupational safety and health, biomedical engineering technology, paramedical sciences and more. The university can be contacted at +603 8313 7000 or via email at [email protected].

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×