Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin memaklumkan bahawa Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama 10 hari persekolahan selepas cuti hari Raya Aidilfitri.
Selepas pelaksanaan tersebut, sesi persekolahan secara bersemuka akan dimulakan selepas cuti penggal persekolahan pada 12 atau 13 Jun depan mengikut kumpulan sekolah.
Pelaksanaan PdPR ini adalah bagi memastikan tidak berlakunya jangkitan di luar sekolah ke dalam sekolah.
Jadual PdPR Lepas Raya
Berikut adalah jadual PdPR untuk rujukan ibu bapa, guru dan murid:
Berdasarkan jadual ini,
- Sekolah dalam Kumpulan A akan memulakan sesi PdPR pada 16 Mei hingga 27 Mei
- Sekolah dalam Kumpulan B akan memulakan sesi PdPR pada 17 Mei hingga 28 Mei
- PdPR ini kemudiannya akan disambung dengan Cuti Penggal Persekolahan selama lebih kurang 2 minggu.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk keterangan daripada KPM yang akan menyusul.
*Sumber: TV3 Malaysia