Memilih pasangan yang tepat buat diri sendiri adalah penting kerana pasangan yang positif dan rasional akan mendorong kita untuk menjadi lebih baik dan lebih maju ke hadapan serta lebih bersemangat melalui hari-hari yang mendatang. Jika seseorang wanita sentiasa mengungkapkan hal-hal yang negatif dan berfikiran terlalu pesimis ini akan membuatkan teman lelaki ataupun kenalan lelaki anda mula menjauhkan diri. Jadi, ketahui sebab-sebab pasangan ‘menjauh’ seperti apa yang dikongsikan oleh Kamalia Kamal menerusi laman Twitternya.
1. KERAP MERENDAH DAN MEMBURUKKAN DIRI SENDIRI MENYEBABKAN SI DIA MENJAUHKAN DIRI
Perhatikan dan dan cuba ingat adakah anda terlalu kerap mengeluarkan ungkapan-ungkapan seperti “ah, sedihnya gemuk” atau seperti “why am i so ugly”. Pejam mata dan ingat semula sekiranya anda mudah moody kerana hal negatif contohnya “i tak ada moodlah, ish bila nak cantik ni?”. Cuba tarik nafas dan imbas kembali kerana menurut beliau keterbiasaan mengujarkan perkataan seperti berikut sama ada anda sedari atau tidak adalah ‘bad vibe’. Bukan sahaja anda telah merendahkan diri sendiri malah turut mempengaruhi emosi atau energy pasangan anda.
2. UNGKAPAN NEGATIF MEMBAWA DAN MEMBERI BAD VIBE KEPADA PASANGAN
Menuturkan kata-kata yang negatif dan sering merendah-rendahkan diri sendiri kepada pasangan bukan sahaja telah membuatkan diri kita sendiri berasa jatuh malah turut menjadikan pasangan mula semakin kurang bersemangat, berharap pasangan untuk kerap menenangkan semula diri kita perlu dielakkan kerana pasti dia juga memerlukan insan tersayang untuk turut membantunya memberikan motivasi dan memulihkan semula emosi dan semangatnya jadi jika anda sering menjadi individu dengan bad vibe maka sukarlah untuk bertolak ansur dan faham kehendak serta emosi si dia pula.
3. DIDIK DIRI UNTUK TIDAK MENGELUH DAN PERBAIKI KEKURANGAN
Cari keyakinan diri dan kumpul semangat untuk perbetulkan mana-mana kekurangan yang boleh diperbaiki. Cuba berkata hanya hal-hal yang baik kepada diri sendiri kerana kita seharusnya belajar menghargai diri sendiri, terapkan rasa bersyukur supaya dapat hindarkan diri daripada ungkapkan perkara yang negatif.
4. BAD VIBE MENLELAHKAN PASANGAN
Jika sekali sekala anda berasa rendah diri dan luahkan pada pasangan tidak mengapa, namun elakkan daripada terlalu kerap melakukannya kerana hal tersebut kelamaan akan memberi impak kepada emosi dan mental pasangan anda seterusnya membuatkannya mula berasa lelah dalam perhubungan tersebut.
5. ANDA JUGA MEMILIKI KELEBIHAN TERSENDIRI
Lihatlah daripada perspektif yang positif dan jangan terlalu fokus kepada kekurangan kerana kitalah yang perlu membantu dan membangunkan serta menyayangi diri sendiri. Kaji kelebihan diri anda dan cuba tingkatkan potensi diri.
6. PENGAKHIRAN PERHUBUNGAN SEINGKALI ADALAH KERANA RUTIN, SIKAP DAN JUGA PEMILIHAN PERKATAAN
Bagaimanakah corak rutin, sikap dan percakapan anda? Semak dan lihat perkara-perkara yang boleh diubah menjadi lebih baik untuk diri anda sendiri dan juga hubungan anda, setiap manusia inginkan hubungan yang kekal lama jadi wajarlah untuk senantiasa memperbaiki diri dan sebarang kekurangan dari semasa ke semasa.
7. GAGAL BERCINTA PEMACU UNTUK MENJADI LEBIH BAIK
Jangan biarkan kegagalan dalam perhubungan yang lalu membuatkan anda berputus asa, perjalanan juga masih panjang jadi muhasabah diri, beri ruang kepada diri sendiri dan cungkil kelebihan yang ada pada diri dari pelbagai sudut.
8. CINTAI DIRI SENDIRI DAHULU
Bangunlah setiap pagi dengan rasa sayang kepada diri sendiri, maafkan diri sendiri dan orang sekeliling untuk membantu anda lebih positif. Lakukan perkara yang sememangnya diminati dan bertindak selari dengan apa yang diperkatakan.
Sumber : Kamalia Kamal