Asuh

Patutlah Speech Delayed, Ibu Bapa Perlu Tahu Risiko Dedah Anak Kepada TV

107
SHARES

Televisyen merupakan salah satu barang yang wajib ada di setiap rumah. Tidak kira lah dari saiz yang paling kecil ke sehinggalah yang paling besar. Pelbagai jenis televisyen yang ada di pasaran sekarang yang selari dengan arus semasa seperti smart TV. Cakap sahaja pasal televisyen ini, pasti semua tahu, tetapi apa yang ramai kurang tahu ialah bahayanya televisyen ini kepada manusia terutamanya kanak-kanak.

Melalui satu perkongsian yang dibuat oleh seorang doktor di laman Facebooknya, Dr Ahmad Luqman Bukhari, beliau menceritakan bagaimana sebenarnya televisyen ini mampu memberi kesan buruk terhadap anak-anak kecil.

Delayed Speech Antara Yang Akan Berlaku

Kadang tu rasa macam nak jual je terus biar tak ada tv kat rumah ni. Kat rumah saya ni jarang je bukak tv. Tapi dalam duk jarang bukak tu pun ada jugak benda tak elok yang terlepas anak saya tengok dan dia masih ingat lagi benda tu sampai sekarang. Sebenarnya ni lah antara risiko yang kita terpaksa tanggung bila si kecil tu dah mula rajin duk bersila menghadap cerita kat tv.

Anak kita mungkin akan mengalami masalah lambat bercakap (delayed speech), masalah tingkahlaku dan juga ketinggalan dalam pelajaran berbanding kawan-kawan sebaya suatu hari nanti.

Ada satu kajian ni yang diketuai oleh Dr Linda S. Pagani dari Universities of Montreal. Mereka kaji apakah kesan yang berlaku pada kanak-kanak yang menonton tv. Rupa-rupanya kajian yang dilakukan pada 1300 kanak-kanak tu menunjukkan yang majoriti anak kecil yang kerap terdedah pada siaran tv, prestasi mereka bila mula bersekolah jauh lebih rendah berbanding anak yang kurang tengok tv.

Perkembangan Anak Kecil Tergendala

TV ni yang tak bagusnya ia berikan anak kita ransangan visual (pandangan) dan auditori (pendengaran) berlebihan terutamanya pada anak yang berusia bawah 18 bulan. Dalam masa sama, bila waktu dah banyak habis kat depan tv, maka aktiviti lain yang patutnya kita galakkan mereka buat untuk kembangkan skill fizikal, tingkahlaku dan fungsi kognitif pun jadi tergendala. Sebab tu lah otak si comel tu berisiko berkembang lebih lambat.

Lagi menyedihkan bila tengok anak kita selamba je tiru aksi bergaduh, merokok dan mencarut macam yang dilakukan oleh sesetengah watak kartun yang mereka tengok. Budak tu dah lah masih tak pandai lagi nak bezakan mana satu fantasi dan mana satu realiti. Tu yang mudah sangat terikut-ikut dengan apa je yang mereka nampak.

Guideline Untuk Elak Kesan Buruk Pada Anak

Doktor-doktor pakar kanak-kanak dari American Academy of Pediatrics (AAP) sebenarnya dah susun guideline untuk elak kesan buruk tv pada anak kecil ni tapi saya rasa info ni masih ramai parent yang belum tahu.

– Tak digalakkan langsung untuk dedahkan si kecil bawah umur 2 tahun pada tv (screen-free).

– Untuk anak yang dah besar sikit, boleh bagi tengok tv tapi paling lama pun cuma 1 jam je sehari. Itu pun digalakkan untuk mak ayah review dulu content cerita tu dan duduk bersama masa menonton supaya tak ada pengaruh buruk yang meresap masuk ke minda anak kita.

– JANGAN letak tv kat bilik tidur anak atau biarkan anak menonton tv sampai tertidur. Walaupun dia dah tak tengok tv tu bila tertidur, tapi bunyi dari tv tu sendiri akan ganggu tidur dan kemudian kacau perkembangan anak-anak kita tu.

– Paling bagus sebenarnya kita alihkan perhatian si kecil tu pada aktiviti bermain berbanding beri dia tengok tv sebab aktiviti bermain tu jauh lebih baik untuk perkembangan minda dan fizikal si comel kita tu.

Sumber : Ahmad Luqman Bukhari

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×