Kerjaya

Patutlah Kerja Tak Pernah Melekat, Ini 8 Perkara Ketika Temuduga Kerja Anda Jangan Buat!

29
SHARES

Dipanggil temuduga kerja merata tempat, berpuluh-puluh interview anda hadir tetapi tak ada satu pun yang lekat. Mesti frust time ni. Dengan perkara sebegitu terjadi, pasti ia membuatkan anda overthinking. Terus sangat ke aku? Kenapa aku tak layak? Bermacam soalan yang anda akan soal pada diri sendiri.

Tetapi selain itu, anda juga mungkin perlu semak balik diri anda sendiri kerana ianya kemungkinan kesalahan itu datang daripada diri sendiri. Bagi salah seorang pengguna Facebook, Khairil Zainudin, dia memuat naik pesanan dan tips ringkas buat semua yang bakal menghadiri interview kerja.

8 Tips Jangan Buat Ketika Menghadiri Sesi Interview

Kali ni aku nak share tips DO NOT atau DONT Selalu org share DO and DONT. Aku share DONT je cukup lah.

1. JANGAN DATANG ON TIME

Haa !! benda ni candidate selalu orang buat. Bagi aku kalau nak pergi interview datang la awal. Let say interview jam 10 pagi, target jam 830 pagi dah sampai. Lepas breakfast datang lah sebab dia lepak kat parking 30 minit, lepak kat loby 30 minit, isi borang 15 minit, baca doa 10 minit, tu belum consider jam pagi lagi. Time tu boleh tengok staff dia perangai macam mana, datang lambat datang awal, bos dia macam mana, pakai tie atau tak pakai tie.

Tengok happy tak enviroment company tu, ada masa baca-baca lah Company Policy dekat dinding syarikat. Vision and Mission syarikat,
Tengok siapa sign. Tengok gambar-gambar syarikat. So anda akan ada lebih idea pasal syarikat tu. Kalau datang on time nanti terkial-kial nak isi borang.

Nak refer resume untuk pastikan sama isi dengan borang. Ada je waktu-waktu aku isi borang tak sama dengan resume, kantoi pula dengan interviewer. Tengok la bos-bos syarikat tu oldboys mana-mana ke persatuan or NGO apa. Lagi senang nak cari persamaan dengan syarikat lepas tu.

2. JANGAN BUAT MUKA STONED

Ni aku paling benci tengok. Budak-budak pagi-pagi datang interview buat muka stoned. Aku tahu la korang tengah stress time ni fikir banyak benda dalam kepala. Tapi please put your game face on. Senyum and greet everybody in the hall way,tapi jangan lah buat gaya Mr Bean macam terencat akal.

Greet mcm you are part of the company dah. So kalau macam tu korang akan rasa the vibe of the company in you. So smooth sikit bila interview. Be polite to the receptionist. Receptionist ni first barrier kepada interviewer. Macam aku waktu sampai aku akan greet receptionist dulu (walaupon aku dah kenal orang dalam).

Tanya berapa ramai candidate, bos dah masuk ke belum, tanya how is her day today?. Sebab receptionist ni memang akan banyak bocorkan rahsia interview.

3. JANGAN JADI MR SMARTY PANTS

Interview ni bukan mcm pergi exam. Percaya atau tidak interviewer akan access orang melalui attitude. Ini selalu terjadi bila
anda apply untuk technical position. Jangan ingat soalan V=IR je akan keluar. Bila anda kerja ni mostly anda akan deal dengan orang. Bila anda tau, explain je sehabis baik.

Bila tak tahu always cakap ” Not within my best knowledge …… and i will look into it lepas ni”. Be humble and respectful.
Abah selalu ckp bila tak tahu jangan terus cakap tak tahu. Always goreng sikit…tapi jangan sampai hangus..Benda ni ada fine line. Macam mana pun pratice make perfect.

Ada syarikat sediakan exam 20 muka surat sebelum start interview. Aku pernah jawab soalan teknikal tu last-last waktu interview dia cakap tak pakai pon soalan tu. Diorang just nak gauge kita handle masalah macam mana and condition kita lepas jawab soalan serabut mcm tu. Tapi aku rasa aku ACE the exam tu (sebab diorang pon tak check hahaha) Job ni memang aku dapat. Best company tu.

4. JANGAN OVER CONFIDENT

Jangan terlalu overconfident sebab last-last overconfident ni yang akan membunuh anda hujung-hujung. Mungkin dah lepas semua text, sekali time interview jadi overconfident dan boleh hilang jawatan yang anda minta tu.

5. JANGAN KUTUK COMPANY LAMA

Selalu terlepas pandang pasal ni. Company lama tak bagi increment, boss company lama tak bagus, bonus tak dapat, staff tak bagus. Reflect balik yourself what did you enjoy the most pasal company lama. Cerita je kebaikan kebaikan company lama.

Cakap je nak cari pengalaman baru nak cari kawan baru, walaupun hakikat dia nak increment gaji. FYI, setiap kali lompat syarikat anda boleh demand 30% to 50% salary increment tapi janganlah sampai over market price.

6. JANGAN LUPA FOLLOW UP

Cara nak follow up ni banyak cara. Hantar thank you note, hantar ucapan raya (kalau dekat dekat dgn festive season). Kalau tak dapat job tu pon atleast anda dapat grow circle kenalan anda. Seronok bila anda kenal ramai orang. Let say kalau ada next oppoturnity diorang akan inform kita dulu.

7. JANGAN LUPA AMBIL TAHU PASAL PERKS SYARIKAT

Kadang-kadang kita lupa waktu negotiations kita negotiate gaji je. Jangan lupa ambil tahu pasal perks dan benefit. Macam annual leave, yearly increment, bonus syarikat, medical and dental allowance, replacement leave. Soalan ni selalu wakil HR akan jawab. Perks syarikat ni walaupon nampak kecik tapi main peranan besar dalam pengendalian syarikat. Paling best aku dengar ialah syarikat menghantar staf pergi umrah dan buat caruman haji.

Satu lagi company event. Ada syarikat every month ajak pergi main bowling, PS4 dekat pantry, tournament pingpong lepas kerja. Bukan setakat lepak mamak atau teh tarik session lepas kerja je. Time ni la nak balas dendam secara baik dengan bos anda waktu main bowling, fifa ps4 or tournament pingpong. Tapi kalau kene tapau dengan bos tahan je la telinga semusim.

8. JANGAN SELL SHORT OF YOURSELF

Yang ini last sekali kena main poker face sikit. HR akan adjust or lower down you punya demand. Jangan bagi discount banyak sangat bab gaji. Kalau discount banyak sangat nanti kerja pon tak happy. VALUE AND LOVE yourself.

Aku rasa ni jelah tips-tips yang aku rasa dapat memberi manfaat kepada calon- calon perkerja di luar sana. Aku pon masih belajar. Dulu aku belajar nak pergi interview sekarang aku belajar nak cari orang untuk di interview. Paling penting dekat sini be your ownself waktu interview tu. Kalau dapat job tu….be ready to work hard and work smart- bukan kerja macam lembu.

Sumber : Khairil Zainudin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×