Hebahan

Passport Bawa Sunway Lagoon Seluruh Negara

22
SHARES

Anda kini boleh pergi jauh dengan Passport Sunway Lagoon! Digelar ‘Passport to the Best Day Ever’ telah dilancarkan pada 5 Ogos di Sunway Putra Mall, KL dan menawarkan peluang kepada rakan-rakan dna keluarga untuk menikmati keriangan di taman teman terbaik Asia.

SL - Passport Launch - Image B

Pelancaran ini turut menyaksikan siri jelajah ke seluruh negara iaitu di Sunway Carnival Mall di Penang, Matta Fair di Johor Bahru, dan Sunway Putra Mall dari 5 -7 Ogos.

“Sunway Lagoon menawarkan pelanggannya dengan tarikan dan hadiah yang terbaik. ‘Passport to the Best Day Ever’ adalah program kesetiaan pelanggan yang diperbaharui, dengan menghadiahkan keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati masa berkualiti di Sunway Lagoon dengan pengalaman yang tidak akan dilupakan,” ujar Sean Choo, Pengarah Kanan Sunway Lagoon.

????????????????????????????????????

Pemegang passport boleh menikmati kemasukan berkeutamaan sewaktu wantu puncak dan yang pertama akan mengetahui perkembangan terkini dan kemaskini baru. Pelanggan akan boleh mengembara ke 6 taman, dengan lebih daripada 90 tarikan pada harga diskaun.

Choo turut menambah “Kami telah membangunkan program kesetiaan pelanggan sebagai tulang belakang kejayaan kami. Dengan program ini, kami telah meningkatkan nilai tawaran kami, menjadikan kami destinasi terbaik untuk keluarga dan rakan-rakan.”

????????????????????????????????????

Passport tersebut turut memanfaatkan Sunway PALS sebagai sebahagian daripada manfaat dan keistimewaan, membenarkan pemegang passport menjadi ahli PALS secara automatic dan menambah bilangan manfaat kepada kad baru tersebut.

‘Passport to the Best Day Ever’ kini boleh dibeli di atas talian di www.sunwaylagoon.com. Untuk maklumat lanjut bagaimana untuk menjadi pemegang Passport, sila layari Facebook Sunway Lagoon di www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia atau hubungi taman di +603-5639 000.

????????????????????????????????????

 

Mengenai Sunway Lagoon

 

Sunway Lagoon, destinasi taman tema terulung yang terletak di Sunway Resort City, hanya 30 minit dari bandar Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Ia mempunyai lebih daripada 90 tarikan menerusi enam taman – Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park and its latest addition, Nickelodeon Lost Lagoon.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sunwaylagoon.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×