Hebahan

Pasar PJ Old Town ‘Buka Ruang’ Kerja Kosong Pada Warga Tempatan Dengan Gaji RM 2,000 Sebulan

57
SHARES

Covid-19 ini ternyata memberi impak yang sangat hebat kepada dunia. Bukan sahaja wabaknya yang masih tersebar tetapi impak kepada ekonomi juga memberikan satu tamparan hebat buat semua. Menurut Harian Metro, lebih 30,000 orang yang bekerja dalam sektor perhotelan hilang pekerjaan, lebih 10,ooo diberi cuti tanpa gaji dan lebih 6,000 pekerja dipotong gaji.

Situasi ini sangat memberikan kesan mendalam kepada semua orang kerana bukan sahaja hilang punca pendapatan malah syarikat gergasi juga berkemungkinan gulung tikar. Tetapi tidak sepeti yang disangka, pasti masih ada harapan bagi orang ramai apabila para peniaga di Pasar Besar Jalan Othman Petaling Jaya mengatakan mereka mempunyai lebih 1,000 kerja kosong untuk rakyat Malaysia dengan bayaran gaji purata sekitar RM2,000 sebulan.

Pasar PJ Old Town Tawar Kerja Kosong Buat Warga Tempatan

Mereka yang diambil bekerja diberikan faedah seperti Social Security Organisation (SOCSO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pasar itu yang juga dikenali sebagai Pasar PJ Old Town akan dibuka dan bagi mereka yang berminat dialu-alukan menghadiri sesi temu duga di pasar tersebut.

Naib Presiden Persatuan Pasar Jalan Othman, Raja Ratnam mengatakan bahawa sebelum ini, pasar ini bergantung kepada pekerja asing tetapi kebanyakan mereka baru-baru ini telah ditahan oleh Jabatan Imigresen, jadi mereka kini ingin membuka ruang untuk warga tempatan dan mereka juga bersedia untuk membayarnya lebih tinggi daripada gaji minimum.

“Gaji harian antara RM70 dan RM80. Sebelum ini, kita tidak dapat memanggil penduduk tempatan untuk bekerja kerana waktu kerja yang awal dan melibatkan kerja yang berat.”

Namun disebabkan situasi kini yang tidak menentu dan semakin ramai yang mengganggur atau dibuang kerja. Ratnam menyatakan bahawa ini adalah peluang yang perlu diambil bagi mendapatkan pekerjaan di salah sebuah dari 500 gerai yang ada di pasar ini.

Bagi Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran berkata bahawa dengan menawarkan penduduk tempatan yang tidak bekerja dengan upah yang berpatutan, mereka mampu menjana pendapatan lebih dari RM2,000 sebulan.

“Mereka dapat menjana lebih dari RM2,000 sebulan dan ini lebih tinggi daripada gaji minimum iaitu RM1,200. Bagaimanapun, pekerjaan ini memerlukan pekerjanya untuk datang bekerja pada waktu pagi,” sebelum menambah, “Tidak ada had umur yang ditetapkan untuk tawaran bekerja di sini,” katanya.

Sumber : The Star

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×