Percutian

Pangkor Bakal Jadi Destinasi Bebas Cukai Mulai 1 Jan 2020

1.3K
SHARES

Selain Langkawi yang terkenal dengan status bebas cukai, nampaknya Pulau Pangkor bakal menyusul dalam mendapat status bebas cukai pada 1 Januari tahun depan.

Pulau Pangkor / Foto Kredit: Tourism Malaysia

Permohonan Dikemukakan Oleh Kerajaan Negeri Seperti Yang Diumumkan Dalam Bajet 2019

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkata kerajaan Negeri telah mengemukakan permohonan untuk mewartakan pulau itu sebagai bebas cukai, seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada pembentangan Belanjawan 2019 November lalu.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, pelbagai gerak kerja untuk merealisasikan status ini sedang dirintis.

Pulau pangkor bebas cukai

Foto Kredit: Astro Awani

“Usaha-usaha untuk membantu penduduk tempatan agar mendapat limpahan manfaat, hendaklah dijadikan salah satu agenda pembangunan Pulau Pangkor, demi memastikan penduduk di pulau tersebut, tidak bernasib Lebai Malang, menang sorak – kampung tergadai, tertinggal sebagai penonton yang pasif, berputih mata, melihat dagang lalu ditanak – sedangkan anak diriba mati tak makan,” titah baginda.

Baginda merasmikan pembukaan Penggal Kedua Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan di sini pada Selasa.

Tempat menarik di pangkor

Pelbagai Usaha Akan Dipergiat

Dalam pembentangan belanjawan 2019 lalu, Menteri Kewangan mengumumkan bahawa kerajaan komited untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai dalam usaha merealisasikan potensi sebenar pulau tersebut sebagai antara destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Sultan Nazrin bertitah, usaha-usaha menambah dan mempelbagaikan produk serta usaha-usaha pemasaran dan promosi, akan diperlengkap dengan langkah-langkah untuk menambah baik perkhidmatan dan khidmat sokongan.

Rata-rata rakyat tempatan serta mereka yang terlibat dalam bahagian pelancongan menyambut baik idea menjadikan Pangkor sebagai destinasi bebas cukai, terutamanya jika ia dapat membawa masuk barang berjenama seperti coklat, minyak wangi dan pakaian.

Menarik juga ni. So, bolehlah shopping dan borong lebih-lebih sikit bila ke Pangkor nanti kan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×