“Aku ni bawa anak kecil nak datang tengok wayang, takut pula menganggu orang lain sebab bising”
Membawa anak menonton filem kegemaran di panggung wayang kadang-kadang boleh mendatangkan kerisauan. Maklumlah, amat penting untuk anda tidak membuat bising dan mengganggu kententeraman awam kalau tidak mahu untuk dimarahi kan? Oleh itu, penting untuk ibu bapa alert dan tahu kepentingan untuk memilih panggung wayang yang bersesuaian.
Salah satunya adalah dengan memilih panggung wayang yang kids friendly dimana lebih sesuai untuk seisi keluarga menikmati filem yang ditonton. Tapi dekat mana ada panggung wayang macam ini?
MERIAHNYA PANGGUNG WAYANG UNTUK KANAK-KANAK INI!
Mengikut jejak langkah panggung wayang seperti MBO dan TGV, GSC juga telah memperkenalkan jenis panggung yang lebih mesra kanak-kanak iaitu GSC PlayPlus. Setiap lingkungan umur kanak-kanak termasuklah bayi boleh masuk ke dalam panggung ini dan boleh membuat bising tanpa menganggu penonton lain yang lebih serius.
Tapi, penting untuk ibu bapa mengikut sekali anak-anak ke dalam panggung wayang supaya dapat memantau aktiviti anak. Yang menariknya, segala dekorasi dalaman dalam panggung menitikberatkan warna yang cerah dan meriah. Memang kanak-kanak akan suka dengan pemilihan warna ini.
Ruang menunggu sebelum masuk ke dalam pawagam. Menarik!
Siap dilengkapi dengan bantal peluk dan kerusi yang empuk untuk menjamin keselesaan ibu bapa dan anak yang dinamakan PlayPlus Cuddle Couch. Memang sesuai untuk ibu bapa yang bawa bayi dan ingin menyusu dengan selesa.
Paling menyeronokkan, terdapat pelbagai jenis mainan yang boleh menarik perhatian anak-anak ketika sedang menonton filem. Siap ada gelongsor dan taman permainan di dalam panggung. Takut anak tak mahu balik rumah pula.
*Buat masa sekarang GSC PlayPlus hanya beroperasi di GSC IOI Mall di Puchong. Semoga akan ada lebih banyak lagi konsep panggung kids friendly sebegini di cawangan lain pula.
Sumber : GSC Cinema