Nur

Panduan Qunut Nazilah Mohon Dilindungi Bahaya, Wabak & Bencana

1.7K
SHARES
panduan doa qunut nazilah

Dengan oenularan wabak Coronavirus @ COVID-19 yang tidak menunjukkan petanda untuk reda dalam masa terdekat ini, semakin ramai berasa gelisah dan bimbang terhadap keselamatan masing-masing.

Kerajaan dan petugas kesihatan Malaysia sedang berusaha sedaya-upaya membendung wabak ini di samping memohon sokongan serta mengharapkan doa seluruh rakyatnya.

Masjid-masjid di Malaysia juga telah disarankan agar melakukan Qunut Nazilah untuk memohon perlindungan kepada Allah bagi mengatasi masalah ini.

Tahukah kita apakah Qunut Nazilah dan bagaimana cara melakukannya?

Pengertian Qunut Nazilah

Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

Qunut Nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut Mazhab Syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.

Hukum Qunut Nazilah & Waktu Ia Dibacakan

Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya.

Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi
dengan cubaan-cubaan seperti ini.

Bacaan Qunut Nazilah Pada Zaman Rasulullah SAW

Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut:

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi saw telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.

-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-

Tatacara Ringkas Doa Qunut Nazilah Di Dalam Solat

1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala

2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.

3. Berikut adalah contoh bacaan doa qunut nazilah :

Maksudnya :

“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

4. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.

5. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh dengan syarat ketika itu kita sedang menghadapi saat genting atau musibah.

Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa Qunut Nazilah dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.

Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:

Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh.

Kemudian Doa Qunut Nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

*Sumber: Masjid Wilayah Persekutuan, JAKIM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×