Hebahan

Pameran Dinoscovery By Dinosaurs Live!, Bakal Buat Anak Anda Terpegun!

Pameran Dinosaur di Discoveria

Pameran Dinoscovery By Dinosaurs Live!

Pameran interaktif, berunsurkan pendidikan pertama di Asia Pasifik dilanjutkan tempoh pameran atas permintaan ramai

Kuala Lumpur, 16 Februari 2015 – Berita baik untuk semua lapisan masyarakat yang menginginkan pengalaman menjadi ahli paleontologi apabila Dinoscovery by Dinosaurs Live! di Discoveria, Avenue K mengumumkan pelanjutan tempoh pameran sehingga 30 Jun 2015!

Pameran Dinoscovery

Anak-anak sibuk mencari fossil dinosaur

Pameran interaktif ini mempamerkan dinosaur animatronik yang direka-semula, berlatar belakangkan set pengembaraan seperti kehidupan sebenar. Buat pertama kalinya, pameran ini dibawa ke Asia Pasifik bertempat di ruang pameran seluas 13,000 kaki persegi di Kuala Lumpur pada Mac 2014.

Sejak dibuka, Dinoscovery by Dinosaurs Live! telah memberikan pengalaman menarik kepada beribu pengunjung dalam dan luar negara tanpa mengira usia dengan membawa pelawat melalui zaman Mesozoik melalui 15 aktiviti interaktif yang berunsurkan pendidikan.

Pameran Dinoscovery

Nampak seperti dinosaur yang betul bukan?

Antara tarikan utama pameran ini termasuklah Dino Quest, iaitu aktiviti mencari spesimen dinosaur dengan menggunakan teknologi RFID (Radio Frequency Identification). Kesemua pelawat yang mengunjungi pameran ini akan dilengkapi dengan peta ahli paleontologi dan tag RFID yang akan membantu mereka mencari spesimen yang menarik. Setelah setiap aktiviti telah diselesaikan, pengunjung perlu menampalkan pelekat yang disediakan di tempat yang betul di dalam peta. Pelawat yang mengumpul kesemua pelekat akan diberikan sijil Ahli Paleontologi Junior atau sijil Ahli Paleontologi Expert oleh Kapten Dinoscovery di akhir penjelajahan pameran ini.

Pameran Dinoscovery

Siap ada sijil lagi!

Antara aktiviti-aktiviti lain yang menarik ialah peluang untuk mengambil bahagian di dalam pengembaraan menyelamatkan dinosaur dengan menembak haiwan perosak, menggali serta mencari fosil dan peluang mempelajari tekstur bahan buangan dinosaur. Aktiviti seperti memanjat dinding untuk melihat rupa sarang burung zaman dinosaur, cabaran interaktif berlari bersama Gallimimus serta peluang untuk bergambar bersama dinosaur berlatar belakangkan tiga suasana berbeza turut disediakan.

era-mesozoic

Ini telur dinosaur Era Mesozoic!

 

Pameran ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari mengenai evolusi dinosaur melalui kiosk interaktif yang dilakukan secara perbandingan serta menganalisis haiwan masa kini seperti ayam dan gajah dengan dinosaur seperti Theropod dan Sauropod.

Pameran Dinoscovery

Pameran ini cukup interaktif!

Pengunjung juga berpeluang untuk menikmati pelabagai hidangan serta minuman menarik seperti kopi dan jus yang disediakan di Kafeteria Discoveria di penghujung pameran.

Pameran Dinoscovery

Takutnya tengok gigi dinosaur!

Harga tiket kanak-kanak yang berumur 17 tahun ke bawah ialah RM35 untuk rakyat Malaysia dan RM50 untuk bukan rakyat Malaysia manakala tiket untuk orang dewasa berharga RM25 untuk rakyat Malaysia dan RM40 untuk bukan rakyat Malaysia. Manakala bagi golongan warga emas (60 tahun ke atas) dan golongan kurang upaya, harga tiket ialah RM19. Waktu pameran dibuka dari 10:00 pagi hingga 7:00 malam, pada hari Isnin hingga Jumaat dan 10:00pagi hingga 8:00 malam pada hari Sabtu and Ahad termasuk cuti sekolah dan cuti umum.

Pameran Dinoscovery

Kalau lapar, boleh makan di kafe di dalam Discoveria

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai pameran, sila layari www.discoveria.com.my atau kunjungi laman Facebook Discoveria di https://www.facebook.com/discoveria.kl atau hubungi +603-2181 7218.

[infobox title=’Mengenai Tremendous Entertainment Group’]

Tremendous Entertainment Group (“TEG”) adalah merupakan sebuah pengendali hiburan keluarga terkemuka di Asia. Antara tarikan TEG seperti Dinoscovery by Dinosaurs Live! diuruskan oleh anak syarikat kami iaitu EMS Entertainment yang merupakan antara pengendali pameran terkemuka di dunia. EMS membina dan mempromosikan pameran bergerak serta kekal yang bertemakan blockbuster yang menjadi tumpuan berjuta pengunjung setiap tahun.

Bermula operasi pada tahun 1993, portfolio EMS terdiri daripada pelbagai pameran terkenal seperti Dinoscovery, CSI: The Experience, Terracotta Army, and World of Games. Pada tahun 2011, EMS telah dianggarkan mempunyai 4,500 hari terbuka dengan 20 pameran bergerak di 4 benua serta beberapa pertunjukan live. Pada tahun 2012, TEG memperoleh dan kini memiliki hak ke atas Star Trek: The Exhibition from CBS Consumer Products Inc. dan Barbie: The Dreamhouse Experience daripada Mattel Inc. TEG menjangka akan menerima pengunjung yang ke 10,000,000 pada tahun ini. Untuk maklumat lanjut, layari : www.trementertainment.com[/infobox]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×