Rakyat

“Pakcik Nak Beli KFC Untuk Cucu Tapi Duit Tak Cukup…”

888
SHARES

Bagi sesetengah orang, bukan mudah untuk dapatkan sesuatu barang berharga. Ianya menjadi satu halangan besar bagi mereka kerana kurang berkemampuan. Atas perkara tersebut, kita sebagai manusia sesama manusia disarankan untuk saling berkongsi dan membantu antara satu sama lain.

Terbaru, perkongsian yang dibuat oleh Raja Farah Sofea di laman Twitternya mendapat perhatian ramai apabila ada seorang pakcik tua yang hanya berbasikal datang ke KFC. Ramai yang tersentuh dengan perkongsian tersebut.

Hanya Ada RM 10 Untuk Beli KFC

Melalui perkongsian tersebut, dia telah berkongsi satu momen manis dimana dia telah menolong seorang pak cik berbangsa cina. Perbualan di antara pak cik itu dan seorang waiter KFC menarik perhatiannya untuk menolong pak cik tersebut.

Pak cik tersebut yang kekurangan wang, hanya mempunyai RM 10 terpaksa beredar keluar dan kembali ke basikalnya. Makanan yang ingin dibeli pak cik tersebut adalah buat cucunya.

Tersentuh dengan keadaan pak cik tersebut, Sofea telah menyapa pak cik tersebut dan menanyakan apa yang sedang berlaku, menghulurkan bantuan kepada pak cik tersebut dengan membeli set KFC yang dimahukan. Bersyukur dengan perkara itu, pak cik tersebut tersenyum setelah mendapat bantuan yang dihulurkan itu.

Dapat Pujian Dari Pengguna Twitter

Perkara itu membuatkan gadis tersebut tidak putus menerima pujian dari pengguna laman Twitter. Perkara tersebut juga dapat menyedarkan ramai pihak mengenai keberkatan dan kebesaran bersedekah.

Semoga Allah Sentiasa Murahkan Rezeki You

May Allah Bless You

Beli Untuk Cucu Ni Lain Feel

Sumber : Raja Farah Sofea

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×