Euforia Bola 2026
Nur

Pakai Jersi Larian Marathon Buat Jemaah Kurang Senang, Solat Tak Khusyuk Bila Tengok Baju ‘Finisher’

PAKAIAN BERCORAK

Dalam perkongsian di Facebook milik Arif Atan, dia menekankan isu pakaian bercorak semasa solat berjemaah, terutama bagi mereka yang aktif menyertai larian marathon atau fun run.

Menurutnya, walaupun pakaian bercorak atau baju finisher mencerminkan pencapaian peribadi, ia boleh mengganggu tumpuan jemaah lain jika dipakai ketika berada di rumah Allah.

Baca juga: Foto Siti Nuhaliza Solat Tanpa Telekung & Hanya Berjubah Undang Tanda Tanya Ramai, Agamawan Beri Komen

PAKAIAN BERCORAK/JERSI LARIAN KETIKA SOLAT, JEMAAH TERGANGGU

PAKAIAN BERCORAK

Arif turut mengingatkan bahawa adab, fokus, dan kesopanan dalam solat adalah lebih utama daripada menunjukkan pencapaian duniawi melalui pakaian.

Walaupun tumpuan solat sepatutnya diberikan kepada tempat sujud, paparan di belakang baju seperti jarak larian atau logo jenama boleh sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi jemaah di saf belakang. Oleh itu, adalah lebih baik memilih pakaian yang tidak bertulisan atau bersaiz mencolok di bahagian belakang ketika solat berjemaah.

“Memanglah solat kena pandang tempat sujud tapi paparan-paparan di belakang baju ini memang sedikit sebanyak menganggu tumpuan. Lebih baik beradab pakai baju tidak bertulisan apa-apa di belakang itu,” pesannya.

Solat berjemaah menegaskan bahawa tiada perbezaan antara manusia berdasarkan taraf ekonomi, status sosial atau pencapaian duniawi termasuk jarak larian.

Apa yang penting adalah keikhlasan dan fokus kepada Allah. Pemakaian baju finisher, walaupun mencerminkan pencapaian peribadi, bukan ukuran kebaikan atau kemuliaan seseorang dalam solat.

“Itu sebab, kalau kita insan yang peka tidak mahu menganggu tumpuan jemaah di saf belakang, kain itu dipakai dengan yang ada logo itu di bahagian atas. Kita lipat kain tu terlipat sama logo, kita pun tak jadi model percuma untuk jenama Tenuk Duduk atau Lakinor tu.

PAKAIAN BERCORAK

“Ini bukan yang tegur tu hati sudah hitam, dengki ke apa. Tidak. Ini soal adab ketika menjadi tetamu di rumah Allah. Ini soal pakaian kita kena bersesuaian dengan majlis dan tempat. Nak masuk istana pun ada protokol, apatah lagi rumah Allah, kan,” jelasnya.

Aisyah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Aku melihat kepada gambarnya sedang aku dalam solat, maka aku bimbang ia membawa fitnah kepadaku (atau melalaikan aku).”

Berdasarkan hadis ini solat dengan pakaian bercorak haiwan adalah sah dan tidak perlu diulangi. Walau bagaimanapun, hukum memakai pakaian bercorak adalah makruh kerana ia berpotensi mengganggu tumpuan.

Sebagai pelari, kebanggaan terhadap pencapaian peribadi adalah normal. Namun, ketika berada di rumah Allah, adab dan tumpuan dalam solat berjemaah adalah keutamaan. Pemilihan pakaian yang sesuai, sopan dan tidak mengganggu jemaah lain harus dijadikan amalan.

Baca juga: Ramadan 2026: Fenomena ‘Masjid Hunting’ Makin Viral, Ini 18 Lokasi Popular Sekitar Lembah Klang

Sumber: Facebook Arif Atan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×