COVID-19 : Wanita berpurdah juga wajib memakai pelitup muka sama ada pelitup muka perubatan atau bukan perubatan (tiga lapisan fabrik yang disyorkan WHO). – KP Kesihatan
Mungkin akhir-akhir ini kita nampak makin ramai yang memakai purdah untuk menggantikan pelitup muka atau face mask.
Ada yang memang dah lama pakai purdah, tapi mungkin ada juga yang pakai sebab menganggap ia lebih selesa berbanding memakai pelitup muka.
Jadi, merereka ini ingat kalau dah pakai purdah tak perlu lagi pakai face mask.
Ini adalah tanggapan yang salah ya.
Sebaliknya, KP Kesihatan melalui ciapan beliau di Twitter menyatakan bahawa wanita berpurdah juga wajib memakai pelitup muka – tak kiralah sama ada jenis perubatan (surgical) ataupun jenis fabrik yang disyorkan oleh WHO.
Pentingnya Pelitup Muka Yang Sesuai Untuk Perlindungan Daripada Jangkitan
Saranan ini adalah bagi memastikan setiap orang mendapat perlindungan yang sepatutnya dan sekaligus mengurangkan risiko terhadap jangkitan COVID-19.
Jadi, penting untuk kita memakai pelitup muka yang betul dan tak cukup sekadar memakai purdah sahaja.
Malah menurut Buletin TV3, KKM sebelum ini pernah mendapati kes wanita memakai gelang kuarantin bersama anak lelakinya yang dijangkiti COVID-19, berpunca daripada pemakaian pelitup muka jenis fabrik yang didapati tidak memberi perlindungan terhadap jangkitan COVID-19.
COVID-19 | Pelitup Muka Jenis Fabrik Punca Dijangkiti
COVID-19 | Pelitup Muka Jenis Fabrik Punca DijangkitiKKM mendapati wanita memakai gelang kuarantin bersama anak lelakinya yang dijangkiti COVID-19, berpunca pemakaian pelitup muka jenis fabrik yang didapati tidak melindungi daripada dijangkiti COVID-19.
Posted by Buletin TV3 on Thursday, July 23, 2020
Jenis Pelitup Muka Fabrik Yang Disyorkan Oleh WHO
Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar memilih jenis pelitup muka yang bersesuaian, iaitu pelitup muka 3 lapis (3 ply mask) atau pelitup muka fabrik yang memiliki ciri yang disyorkan oleh WHO.
Jenis pelitup muka fabrik yang disyorkan oleh WHO dilengkapi dengan ciri perlindungan khas, berharga lebih mahal namun berkesan menghalang jangkitan serta lebih selesa dipakai.
Ciri-cirinya boleh dilihat dalam rajah di bawah.
