Rakyat

Pak Nil Wujudkan Kedai Percuma Untuk Bantu Mangsa Banjir, Terbaik!

74
SHARES

Musibah banjir yang melanda negara baru-baru ini, bukan sahaja menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk meringankan beban mangsa banjir, malah golongan selebriti juga.

Selebriti terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi atau panggilan mesranya Pak Nil telah mewujudkan Kedai Percuma Pak Nil setelah melihat sendiri keadaan rumah mangsa-mangsa yang kehilangan segalanya terutama barangan keperluan asas.

Baca juga: “Terharu & Sebak Tengok Satu Malaysia ‘Turun Padang’ Tak Kira Bangsa”

PAK NIL WUJUDKAN KEDAI PERCUMA

Menurut laporan BH Online, lokasi kedai percuma itu berada di kawasan Bukit Canggang dan diwujudkan pada 30 Disember lalu.

“Sebelum ini, saya dihubungi pengikut dalam Instagram (IG) berkongsi sisi cerita mengenai kemusnahan kawasan berkenaan akibat banjir. Jadi, ketika menjejaki kawasan ini, saya melihat ramai penduduk ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan tinggal sehelai sepinggang,” jelas Pak Nil.

Beliau yang menyedari kawasan berkenaan terpinggir daripada pandangan ramai menyebabkan tercetusnya idea untuk mendirikan kedai percuma.

“Saya memulakan langkah menyediakan makanan dimasak penduduk kampung secara rewang bermodalkan wang sumbangan dikutip di kalangan pengikut media sosial. Saya berjaya menyediakan hampir 1,000 bungkusan makanan sehari kepada mangsa banjir. Selepas banjir surut, mereka bergerak pulang ke rumah masing-masing.

“Ketika itu, saya tinjau dan amati penduduk kampung terpaksa mengumpul semula barangan dan membaik pulih rumah. Lebih menyedihkan, tiada barangan keperluan asas. Daripada situ, saya fikir kenapa tidak wujudkan kedai percuma,” katanya.

Jelasnya lagi buat permulaan, penyanyi lagu Apo telah menghubungi syarikat yang pernah bekerjasama dengannya seperti jenama Eskayvie dan Nakada.

“Mereka bermurah hati menghantar barang keperluan asas seperti minyak, telur, air mineral, sardin, selimut, bantal, lampin bayi dan sebagainya.” kata beliau.

Beliau menyatakan, mangsa banjir boleh ke kedai berkenaan mengambil barang keperluan secara percuma mengikut keperluan mereka.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan berbentuk wang ringgit dengan menyemak butiran akaun bank di akaun IG beliau atau barangan keperluan dengan menghantar terus ke Kedai Percuma Pak Nil.

Tambah beliau lagi, pengoperasian kedai ini akan berterusan jika tidak putus sumbangan yang diterima daripada orang ramai, NGO, pertubuhan kerajaan mahupun swasta.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×