Didik

Pahang Pertimbang Wajibkan Murid Ikuti Kelas Kafa Bermula 2023

38
SHARES
wajibkan kelas kafa

Kuantan 17 Nov – Kerajaan negeri sedia mempertimbangkan cadangan mewajibkan setiap anak berumur tujuh hingga 11 tahun mengikuti pengajian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di Pahang.

Memetik dari laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, ini kerana kerajaan negeri menyedari kelas pengajian itu memberikan manfaat dan kebaikan.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini kerajaan negeri masih belum mewajibkan semua anak berumur tujuh hingga 11 tahun mengikuti kelas berkenaan.

“Kelas Kafa yang dilaksana dan diuruskan Jabatan Agama Islam Pahang dengan bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapat sambutan hangat sama ada di kampung, taman dan bandar.

“Ia bagi memastikan kelas pengajian ini dapat dilaksanakan sebaik-baiknya dan kerajaan negeri sentiasa memberi komitmen dan galakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Andasura Rabu (Pas-Beserah) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Andasura mencadangkan kelas pengajian Kafa diwajibkan kepada anak berumur tujuh hingga 11 tahun bermula 2023.

Syed Ibrahim berkata, tahun ini sejumlah RM33.2 juta disalurkan Jakim untuk bayaran elaun guru dan bantuan sekali bayaran termasuk bantuan khas kewangan kepada kerajaan negeri.

“Berdasarkan statistik, kerajaan negeri menerima peruntukan daripada Jakim sejak 2015 berjumlah RM29.3 juta, diikuti RM56.1 juta (2016) RM33.4 juta (2017), RM35.3 juta (2018) danRM30.8 juta (2019).

“Di Pahang, terdapat 3,620 kelas Kafa dengan jumlah 74,116 pelajar berumur tujuh hingga 11 tahun,” katanya.

*Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×