Hebahan

Nikmati Panorama Metropolitan Dari Aras 300 Meter di Sky Box, KL Tower

52
SHARES

Anda mahu lihat KL daripada mata kaca seekor burung? Apakan tidak, anda berada di aras ketinggian 300 meter atau 1,000 kaki dari tanah!

IMG-20160524-WA0007 - Copy

Tarikan Terbaru Menara KL, Sky Box

Jom kunjungi daya tarikan terbaru Menara KL yang dinamakan Sky Box.

Sebaik memasuki kotak kaca yang terletak di tebing pelantar terbuka Sky Deck, anda pasti teruja melihat bandar KL berada nun jauh di bawah kaki anda seolah-olah anda sedang terbang di langit biru.

Sky Box ini boleh memuatkan sehingga enam orang dan mampu menampung berat sehingga 600kg dalam satu-satu masa.

Bagi yang suka berselfie, disarankan duduk di atas lantai Sky Box untuk mendapatkan gambar yang lebih cantik. Waktu yang sesuai adalah waktu siang berbanding waktu malam kerana buatlah aksi dan gaya yang anda suka di Sky Box, pasti rakaman gambar yang diberikan adalah luar biasa.

IMG20160524153656 - Copy

Beroperasi Sejak 20 Mei 2016

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan, idea untuk menghasilkan Sky Box tercetus apabila pihak pengurusan Menara KL cuba mencari satu produk inovatif yang dapat menarik rakyat tempatan untuk mengunjungi Menara KL.

Akhirnya timbul idea untuk mewujudkan Sky Box di Sky Deck yang sememangnya sudah terbukti menyajikan pemandangan yang menakjubkan.

Harga Berbaloi Dengan Pemandangan Menakjubkan!

Sejak ia dibuka pada orang ramai pada 20 Mei lalu, jumlah pengunjung meningkat dua kali ganda setiap hari.

Hanya dengan bayaran ke Sky Deck iaitu sebanyak RM75, pengunjung berpeluang mengambil gambar di Sky Box tanpa dikenakan bayaran tambahan.

Apa lagi, kunjungilah Sky Box untuk menguji dan mencabar tahap keberanian anda!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×