Hebahan

Teringin Nikmati Musim Sejuk Di Melbourne? Jangan Tunggu Lagi

92
SHARES

Kebetulan musim cuti sekolah dan bulan Ramadhan menjelang kembali pada masa yang hampir sama tahun ini.

Dalam cuaca panas membahang di Malaysia ketika ini, tentunya percutian sambil menikmati kedinginan puncak gunung bersalji dan menjamu selera pelbagai makanan halal antara tarikan yang tidak mampu ditolak.

Gantikan cuaca khatulistiwa panas dalam negara dengan percutian musim sejuk di pergunungan Alpine Australia.

Dengan pembukaan musim luncur baru di Victoria pada Jun ini, percutian idaman di tempat dingin dan menyegarkan pasti menjadi kenyataan.

Tiada lagi halangan dengan adanya penerbangan yang kerap dari Kuala Lumpur ke Melbourne.

Falls Creek

Falls Creek

Lapangan Salji & Pergunungan Indah

Victoria, negeri tanah tinggi Australia memiliki tujuh lapangan salji termasuk Mount Buller, Mount Hotham dan Falls Creek.

Kesemuanya menyediakan kemudahan penginapan dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan bakal menjanjikan keriangan berganda dengan kemudahan deretan kafe, restoran halal, dan pelbagai kemudahan rekreasi lain.

Resort alpine Victoria yang berdekatan menjanjikan pelbagai variasi cerun ski untuk mereka yang baru belajar, mahupun peluncur profesional.

Aktiviti keluarga turut tidak ketinggalan seperti denai gelongsor (toboggan), snow tubbing dan aktiviti bersesuaian dengan kanak-kanak juga disediakan.

Anda boleh memandu, menaiki kapal terbang atau bas untuk ke lapangan salji Victoria. Kebanyakan Resort Alpine Victoria terletak di Timur laut Melbourne. Shuttle perantara di lapangan salji membawa peluncur dan peralatan mereka dari tempat meluncur terus hingga ke penginapan.

Seandainya memilih untuk memandu sendiri, jangan risau kerana biasanya jalan pergunungan bebas daripada salji.

Bermain salji

Bermain salji

Pengalaman Meluncur Menyeronokkan

Mt Buller adalah resort ski paling mudah dituju di Victoria, hanya tiga jam pemanduan dari Melbourne. Ia menawarkan lebih kurang 80 laluan ski pada kawasan seluas 263 hektar.

Selain itu, terdapat banyak aktiviti lain seperti membina snowman, tobogganing, snow shoeing, dan sebagainya. Perkampungan Mt Buller yang terletak di tengah-tengah  lapangan salji, memiliki 7,000 buah bilik bermula dari kelengkapan asas hingga penginapan mewah dengan lebih 30 kedai, kafe dan restoran.

Ia juga memiliki sistem pembuat salji baru bertujuan membolehkan kanak-kanak menikmati musim sejuk lebih panjang. Taman gelongsor kedua juga terletak di Horse Hill Chairlist.

Falls Creek pula adalah resort ski terbesar Victoria dan menawarkan penginapan yang berasas full ski-in, ski-out konsep. Rasai pengalaman bukan sekadar meluncur terus menuruni cerun bukit, malah merentasi laluan desa selain menikmati pelbagai jenis permainan salji.

Suatu yang istimewa, Laluan Wombat sepanjang 2.2 kilometer dan litar terpanjang untuk peluncur asas di sini, akan dihidupi lampu hijau pada malam Rabu dan Sabtu. Ini membolehkan para peluncur menikmati ketenangan dan kegembiraan lebih lama.

Perkampungan Hotham, dengan berketinggian hampir 1,750 meter pula, merupakan antara gunung yang tertinggi di Australia dengan musim sejuk panjang bermula Jun hingga akhir September.

Kedai-kedai sekitar Brunswick Street, Fitzroy

Kedai-kedai sekitar Brunswick Street, Fitzroy

Pelbagai Pilihan Makanan, Termasuk Yang Halal

Bagi pengembara pemakanan atau foodies, Melbourne juga menawarkan pelbagai pilihan untuk menikmati pelbagai makanan yang halal.

Antara restoran yang paling terkenal di Sydney Road adalah Tiba’s yang telah lama menghidangkan makanan tradisional Lubnan yang berkualiti tinggi dan dihasilkan sendiri.

Ia seakan sebuah institusi, sentiasa dipenuhi pengunjung dan rotinya yang gebu dan hangat dari ketuhar.

Tidak jauh dari Tiba’s terdapat sebuah restoran Turki yang sangat meriah – Adanali – yang turut menampilkan persembahan muzik secara langsung dan tarian gelek.

Terdapat banyak restoran Turki di kawasan ini tetapi restoran ini adalah yang terbaik dari segi nilai, suasana dan kualiti makanan.

Selain itu, Melbourne juga tidak asing lagi bagi penggemar makanan laut. Jalanan di bandar ini dipenuhi bar sushi yang menawarkan sushi gulung untuk dibungkus.

Untuk hidangan yang lebih biasa dan tradisional, Seasalt yang terletak di Degraves Street menghidangkan fish and chips gaya Australia yang cukup lazat.

Penuhi keinginan anda untuk menikmati makanan laut dengan membeli dan membawa ikan segar atau burger salmon ke Federation Square untuk pengalaman unik berkelah di tepi sungai.

Masjid Bandar Melbourne

Masjid Bandar Melbourne

Syurga Bagi Penggemar Kopi

Para penggemar kopi juga pasti akan teruja terutama dengan budaya kopi di Melbourne yang agak terkemuka serata dunia.

Antara kafe-kafe di sekitar Melbourne, Dukes Coffee Roast ialah kafe yang unik. Mereka menghidangkan kopi yang dipanggang sendiri dalam kafe dan bar kopi sendiri.

Jika anda inginkan pengembaraan kafein yang luar biasa, Melbourne juga terkenal dengan kafe-kafe yang terletak di sekitar lorong-lorong dan di celah-celah bangunan.

Hampir setiap kafe di sini adalah berbeza dengan kafe sebelumnya.

Kafe-kafe di sini memanglah harus dikunjungi semata-mata untuk merasai pelbagai jenis kopi di kafe-kafe yang unik sepanjang percutian anda di sini.

Destinasi Popular Di Kalangan Rakyat Malaysia

Memandangkan Melbourne sudah menjadi destinasi yang popular di kalangan rakyat Malaysia, tidak hairanlah bandar ini kini menempatkan pelbagai restoran asli Malaysia.

Antara restoran Malaysia yang cukup terkenal adalah Laksa King di Flemington. Laksa King menawarkan sepuluh jenis laksa tetapi paling terkenal dengan kari laksa makanan lautnya yang memastikan restoran ini sentiasa disebut di dalam senarai makanan terbaik Malaysia.

Menawarkan sate, nasi kerabu, nasi lemak dan banyak lagi, Little Ipoh menawarkan makanan Malaysia tetapi cukup memuaskan.

Musim Sejuk Pada Jun Ini, Ya!

Nah! Tunggu apa lagi, Jun yang akan datang, tinggalkan semua pakaian musim panas anda, bersedia dengan kelengkapan musim sejuk.

Ayuh menuju ke selatan untuk percutian keriangan musim salji yang halal di Victoria.

Untuk maklumat mengenai Melbourne, Australia, lawat visitmelbourne.com/my.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×