Famili

Aleesya & Jebat Jayden Kini Adik-Beradik, Noornabila Sah Jadi Isteri Engku Emran

1
SHARES

Desas-desus tentang percintaan bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila bersama Engku Emran akhirnya terjawab apabila mereka telah melangsungkan perkahwinan pagi ini.

Perkara ini disahkan menerusi entri Instastory, yang dimuat naik oleh adiknya iaitu Ameera Khan atau lebih mesra disapa LMK .

NOORNABILA DAN ENGKU EMRAN SAH SUAMI ISTERI

Menerusi tiga Instastory yang dimuat naik, menujukkan suasana majlis perkahwinan. Jika dilihat, menerusi papan tanda majlis tersebut menunjukkan walimatul urus Noor Nabila dan Engku Emran yang berlangsung hari ini.

Terdahulu, mereka berdua mula digosipkan sedang bercinta susulan Engku Emran mula menyertai program usrah di rumah Nabila. Namun, sehingga kini tiada pengumuman rasmi yang dibuat oleh mereka berdua.

Sementara itu, Neelofa sebentar tadi turut berkongsi video sekitar majlis akad nikah Noor Nabila. Menerusi Instastory Neelofa, Noor Nabila telah selamat diijabkabulkan dan telah menerima mas kahwin sebentuk cincin daripada Engku Emran.

ALEESYA DAN JEBAT JADI ADIK BERADIK

Engku Emran yang sebelum ini pernah berkahwin dengan personaliti popular seperti Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella, pernah dikurniakan cahaya mata bersama Erra Fazira iaitu Aleesya. Manakala Noornabila pula pernah melangsungkan perkahwinan bersama pelakon popular Sharnaaz Ahmad dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden.

Nampaknya, Aleesya dan Jebat sudah menjadi adik-beradik dan semoga perhubungan keluarga ini semakin erat dan bahagia. Sama-sama kita doakan ya!

Sumber: Neelofa, Little Miss Khan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×