Dapur

Rasa Macam Di Cameron Highland, Ini Resipi Nasi Lemak Sambal Strawberry Anda Kena Cuba!

596
SHARES
resipi nasi lemak

Setiap kali berkunjung ke Cameron Highland, sambal strawberi yang disajikan bersama nasi lemak merupakan menu yang wajib dicuba. Mungkin kedengaran agak pelik tetapi kombinasi makanan ini sebenarnya sudah memikat hati orang ramai apabila mereka berkunjung ke Cameron Highland.

Buat anda yang sudah mencuba nasi lemak sambal strawberi ini ketika ke Cameron Highland, mesti rasa nak makan lagi kan? Oleh itu, apa kata anda cuba buat nasi lemak beserta sambal strawberi ini di rumah dan disajikan kepada seisi keluarga. Mana tahu, ini bakal menjadi juadah sarapan kegemaran anak-anak kan?

JOM BUAT NASI LEMAK STRAWBERRY MACAM DEKAT CAMERON HIGHLAND

1. Main ingredient! Blend halus and tapis, save aside hampas strawberry dengan air dia.

2. Bahan sambal


– bawang merah – 4biji
– bawang putih – 3ulas
– sedikit ikan bilis

3. Blend kan bahan-bahan kat atas and tumis sampai naik bau.

4. Masukkan sebiji bawang holland yang dihiris.

5. Bila semua bahan tumis dah betul2 masak masukkan cili kering yg dah diblend halus (i rebus dulu cili kering tu and tapis buang biji)

*cili tu ikut tahap kepedasan nak berapa banyak, i guna 20biji cili kering

6. Tumis sampai pecah minyak and masukkan gula merah, letak lebih pon takpe sbb normally kan sambal nasi lemak manis.

7. Perasakan dengan garam

8.Dan jugak stock ikan bilis

9. Lastly masukkan hampas strawberry yang dah ditapis tadi sebagai pengganti asam keping sambal siap!

*optional you boleh masukkan sebiji-sebiji strawberry jugak kalau suka.
*masak sambal ni kena hati-hati, api jangan besar-besar nanti sambal hangit and hilang kan rasa sedap sambal tu.

JOM MASAK NASI PULA

Untuk nasi lemak strawberry pulak, dah basuh bersih beras masukkan air strawberry yang dah blend tadi.

Masukkan santan, bawang merah (hiris), daun pandan (simpul) and sedikit garam. Sukatan air i guna sukatan yg sama mcm masak nasi biasa, biar mentah sikit nnt u boleh kukus blk nasi tu. Nak kukus lapik dgn daun pisang ya ampunn jadi wangi nasi lemak.

SIAP!

Sumber : Fara Amirullah 

Most Popular

To Top