Inspirasi

‘Penangan’ Nasi Lemak Bunga Telang, Anak Malaysia Menang Emas Pertandingan Memasak Di Ireland

646
SHARES

Siapa cakap rakyat Malaysia tidak hebat? Sudah pelbagai pertandingan, kejohanan dan pencapaian yang telah digapai oleh rakyat Malaysia. Terbaharu, seorang lagi anak Malaysia yang sudah berjaya mengharumkan nama negara dengan memenangi pertandingan memasak berprestij. Paling menarik sekali, hidangan yang disajikan adalah nasi lemak!

ANAK MALAYSIA MENANG PERTANDINGAN MEMASAK BERPRESTIJ

Pertandingan memasak berprestij yang berlangsung di Dublin, Ireland pada 4 & 5 Februari ini turut disertai oleh salah seorang rakyat Malaysia bernama Siti Safura Mohd Tawil, yang kini tinggal di Ottawa, Ontario.

Apa yang membanggakan adalah Siti Safura menyertai Chef Ireland Culinary Competition 2020 yang dianjurkan oleh The Panel of Chefs of Ireland dan memenangi tempat pertama dalam kategori Asian-Indian cuisine competition class.

HIDANGAN NASI LEMAK BUNGA TELANG PIKAT HATI JURI

Menjadi ‘star’ pada hari tersebut adalah hidangan Nasi Lemak Bunga Telang. Hidangan ini dapat memikat hati juri masakan kerana mempunyai keunikan rasa yang tersendiri.

Hidangan yang dilengkapi dengan nasi berwarna biru, rendang ayam, kerabu dan disertakan dengan keropok lekor rangup ini kelihatan sangat menyelerakan. Memang lain dari yang lain!

Tahniah diucapkan kepada Siti Safura kerana mengharumkan nama negara!

Sumber :Safura Tawil,  WorldofBuzz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×