Tak lengkap rasanya gaya seseorang tanpa sebarang aksesori. Barang kemas, cermin mata dan jam tangan merupakan aksesori wajib yang biasanya dipilih untuk digayakan bagi sesetengah individu dalam apa jua keadaan.
Khas untuk anda penggemar koleksi jam tangan, Tissot bakal memperkenalkan dua jenis jam tangan terbaru yang sememangnya ekslusif dan classy dari segi reka bentuknya.
JOM IKUTI ROADSHOW TISSOT DI GURNEY PLAZA!
Haa..berita baik untuk orang Pulau Pinang! Tissot akan memperkenalkan dua koleksi jam tangannya yang terbaru iaitu Tissot T-Wave dan Tissot Ballade pada 21 Jun hingga 28 Jun 2017 ini di Centre Court, Gurney Plaza, Pulau Pinang.
Dekat roadshow tu nanti, bolehlah anda lihat sendiri dan merasai setiap details yang ada pada jam tangan Tissot ni. Mesti anda akan jatuh cinta dengan kehalusan pembuatan dan keunikan tersendiri yang terdapat pada jam tangan Tissot Ballade dan Tissot T-Wave ni!
Jom kami bagitahu apa yang istimewa tentang kedua-dua jam tangan Tissot ini..
ELEGAN, UNIK, DAN INNOVATIF, SETANDING DENGAN REPUTASI TISSOT
Tengok gambar pun dah boleh jatuh cinta, apatah lagi kalau anda sendiri memiliki Tissot Ballade ni.
Dari segi reka bentuk, Tissot tidak pernah gagal dalam memperkenalkan gaya terkini yang elegan dan segar mengikut peredaran zaman.
Tali jam berkulit bagi Tissot Ballade for Gent ini menyerlahkan gaya maskulin buat si pemakai dan sesuai untuk digayakan dalam apa jua majlis sekalipun.
Manakala, Tissot Ballade for Lady bertali stainless steel pula kelihatan manis dan feminin untuk digayakan buat si pemakai dalam apa juga busana termasuk baju kurung sempena raya ini. Mesti nampak anggun!
Tissot T-Wave ini pula sesuai untuk anda yang gemarkan rekaan glamor dan kilauan berlian. Rekaannya yang unik dan sweet tetapi masih mengekalkan kesederhanaan ini mampu menarik hati sesiapa sahaja yang memandang.
Pasti anda akan jatuh cinta pandang pertama dengan Tissot T-Wave ni!
KEJAR ROADSHOW INI DAN MENANGI CABUTAN BERTUAH SEUTAS JAM TANGAN TISSOT! WOW!!
Nak tak seutas jam tangan dari Tissot? Haa..kalau nak, anda kenalah kejar roadshow Tissot dan sertai cabutan bertuah mereka.
Untung-untung boleh menang jam tangan T-Ballade atau T-Wave. Mana tau rezeki anda!
Jumpa anda di sana!