Kini Trending

Nak Jadi ‘Action Hero’ Macam Aaron Aziz? Sertai Uji Bakat Fit For Action Sehingga 30 Januari!

24
SHARES

Program realiti terbaharu TV3, Fit For Action (FFA) meneruskan pencarian peserta yang mempunyai kemahiran seni bela diri dan berminat untuk berlakon.

Bagi anda yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk menyertai uji bakat FFA atas talian yang sedang berlangsung di platform media sosial sekarang! Bukan itu saja, uji bakat terbuka juga akan berlangsung pada 29 dan 30 Januari 2022 di Sri Pentas, Bandar Utama dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Baca juga: Isu Beg Sekolah Belum Selesai, Ibu Kongsi Video Anak Angkut Beg Sekolah Berat Naik Tangga!

BOLEH JADI ACTION HERO MACAM AARON AZIZ!

FFA bakal memaparkan 6 peserta lelaki dan 6 peserta perempuan untuk menempuhi 32 cabaran fizikal dan 8 cabaran lakonan untuk menentukan seorang pemenang peserta lelaki dan seorang pemenang peserta perempuan. Mereka akan berpeluang untuk menyandang watak dalam sebuah drama yang bakal disiarkan di saluran TV Media Prima.

Jika anda rasa anda layak untuk bergelar bintang aksi Malaysia yang sebaris dengan Aaron Aziz, Remy Ishak, Zul Ariffin, Fazura, Shaheizy Sam dan Hairul Azreen, apa lagi? Jangan lepaskan peluang mencuba nasib anda dengan menyertai program ini. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan yang berusia dari 18 hingga 35 tahun.

Untuk penghantaran penyertaan atas talian, anda perlu muat naik video lakonan anda sedang beraksi dan bersukan (berserta dialog) tidak melebihi satu minit dan sertakan #FITFORACTION di Instagram atau Facebook selewat-lewatnya pada 14 Januari 2022.

Anda kena pastikan akaun media sosial ditetapkan kepada umum tau! Pihak produksi akan menghubungi peserta yang disenarai pendek. Untuk sesi uji bakat terbuka yang bakal berlangsung pada 29 dan 30 Januari 2022, pastikan anda membawa gambar berukuran saiz pasport dan juga ujian saringan Covid-19 ketika hadir ke sesi uji bakat.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×