Sihat

Nak Elak Sembelit Dan Cepat Kurus? Boleh Cuba Resipi Minuman Ini Di Rumah!

973
SHARES

Banyak betul petua untuk turunkan berat badan di internet kan? Tapi tak semua menjadi, kerana ikut kepada jenis badan seseorang tersebut juga. Tapi, tak salah untuk mecuba betul tak? Jadi, apa kata kita cuba resipi minuman dari Puan Rosmaziha Hassan yang dikatakan mampu untuk menurunkan berat badan dan mengatasi masalah sembelit dengan efisien sekali. Jom kita cuba!

PETUA KURUS & ATASI SEMBELIT STAIL ‘OMPUTIH’

Petua ni saya dapat dekat blog mat salleh. Saya try amal memang ok sangat-sangat la. Saya amal minum malam, saya minum pukul 7 pastu memang kenyang smpai tidur. Sembelit memang dah tak ada langsung. Susu pun tak ada masalah, banyak je untuk baby. Yang best tu perut rasa kenyang je amal ni.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Ni bahan-bahan untuk 1 serving ye. Means untuk sekali minum

www.facebook.com/rosmazihahassan

www.facebook.com/rosmazihahassan

1. 1 biji epal hijau
2. 2 biji kurma
3. 1 sudu serbuk Kayu Manis Ceylon
4. 1 gelas susu (saya pilih susu berkrim tu sebab rasa lemak lagi sedap hehe. nak lagi bagus pilih yang low-fat punya)

*Saya amal kan Kayu Manis Ceylon tu sebab khasiat dia yang lagi baik dari kayu manis biasa. Dari segi rasa, Aryan Kayu Manis Ceylon ni kurang rasa rempah dia dan lebih manis dan sedap sebab gred paling tinggi.

LANGKAH KEDUA

www.facebook.com/rosmazihahassan

www.facebook.com/rosmazihahassan

Cara buat dia senang je. Potong buah kurma & epal tu kecik2. Jangan buang kulit epal ye sebab kandungan Flavonoid yang ada dekat kulit tu bagus untuk pelihara jantung dan elakkan stroke.

Masukkan susu dan buah-buah yg dipotong tadi. Nak lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dalam ni saya tak masukkan ais. Then masukkan Kayu Manis Ceylon tadi.

Blender sampai halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS tau. Minum semua sekali.

DAH SIAP!

www.facebook.com/rosmazihahassan

www.facebook.com/rosmazihahassan

Dah siap. Bole amal setiap hari. Buncit-buncit lepas mengandung pun dah kurang bila selalu amal ni.

Ini khasiat yang saya baca kat website dia :

– Kayu manis ceylon mengawal paras glukosa dan mengawal penyimpanan lemak
– Kandungan karbohidrat dan kombinasi serat tinggi mampu beri rasa kenyang lebih lama
– Singkirkan toksin dari badan
– Atasi sembelit & usus tersumbat
– Bole mencegah masalah perut dan usus.

Ni hasilnya.,rasa pun sedap manis dan masam sikit. Nak minum 2 gelas pun okay je ni

www.facebook.com/rosmazihahassan

www.facebook.com/rosmazihahassan

Selamat mencuba!

Sumber Facebook : Rosmaziha Hassan – Kak Jie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×