40 Minggu

Nak Anak Bijak? Amalkan 9 Cara Sejak Anda Mula Hamil Lagi!

359
SHARES

Anak yang bijak sudah semestinya menjadi idaman setiap ibubapa. Dalam angan-angan mengejar gelaran ‘anak bijak’ ini, ibubapa sebenarnya sudah terlepas pandang dengan amalan-amalan yang patut dipraktikkan supaya anak menjadi bijak dalam segala segi. Untuk ibubapa di luar sana, ini 9 amalan yang anda boleh gunakan dalam kehidupan seharian supaya anak membesar menjadi anak yang bijak dalam setiap sudut!

feedfad.com

AMALAN SUPAYA ANAK BIJAK SEJAK KECIL

Semua ibu bapa nak anak jadi orang cerdik pandai kan? Kalau boleh, lepas beranak je nak terus hantar tadika. Tapi mustahil lah kan. Apa kata kita buat amalan-amalan mendidik anak sejak dalam kandungan. Yang baru mengandung tu eloklah sangatlah amalkan sejak awal. Yang dah nak bersalin pun boleh buat jugak, tak terlambat pun. Apadia tu, amalan didik anak sejak dalam kandungan?

1. Berbual

http://prettymomguide.com/

Ajak bayi berbual dan panggil dengan nama yang baik. Masuk trimester kedua, usap perut ibu dan berbual dengan bayi. Di ketika ini, bayi sudah boleh mengenali suara ibu mereka. Jadi,berkomunikasilah dengan mereka lebih kerap

2. Berikan Nama yang baik.

http://www.karangkraf.com/

Panggil mereka dengan nama baik maksudnya semasa berbual.

3. Ayah Perlu Berbual dengan bayi

babyeinsteindev.wordpress.com

Walaupun ayah tak dapat merasa tendangan bayi, namun mereka juga perlukan sentuhan dari ayah. Usap dan belai perut ibu supaya bayi dapat merasa kasih sayang anda. Lebih seronok jika anda merakam suara ayah dan beri bayi dengar bila-bila masa

4. Dengarkan Ayat Suci Al-Quran

gedubar.com

Selain berbual, digalakkan juga memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada bayi. Baik dengan pembacaam sendiri (ibu dan ayah) ataupun melalui rakaman. Namun, adalah lebih afdhal jika ibu bapa bacakan sendiri pada bayi. Mudah-mudahan bayi akan merasa tenang dan selamat

5. Banyakkan Ibadat Doa

http://leadertoday.breastfeedingtoday-llli.org/

Sebagai orang islam, kita digalakkan banyakkan beribadat, baca quran dan berdoa memohon pertolongan Allah. Apalagi jika ibu mengandung. Semoga dengan amalan baik itu dapat membentuk peribadi bayi yang lebih mulia.

6. Dengarkan Muzik Klasik

www.buzzle.com

Selain bacaan Quran, ibu bapa boleh juga memperdengarkan alaunan muzik yang klasik dan tenang. Menurut kajian, ia dapat meransang perkembangan otak bayindalam kandungan.

7. Bacakan Buku Cerita

www.standard.co.uk

Ibu bapa juga digalakkan membaca buku-buku ilmiah seperti kisah nabi, atau kisah tauladan. Baca dengan kuat supaya turut mendengar. Berceritalah seperti mereka berada didepan mata kita. Apabila ibu gembira, bayi turut gembira. Elakkan stress kerana ia sedikit sebanyak memberi kesan pada bayi

8. Latihan Matematik

Dipercayai ibu yang gemar membuat latihan matematik sepanjang hamil dapat meransang perkembangan otak bayi. Jadi, rajin-rajinlah buat latihan matematik atau soalan yang menguji IQ.

9. Ambil Makanan Berzat

http://www.sanjoseinside.com/

Ibu hamil perlu menjaga pemakanan. Pastikan makanan yang diambil itu berkhasiat dan bersih serta halal. Ini kerana setiap apa yang ibu makan, akan sampai pada bayi. Dan melalui pemakananlah yang akan membentuk peribadi bayi.

SEMOGA BERMANFAAT

Sumber: Nana Farhanah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×